‘Hadiah’ hari guru untuk mama

Malam tu aku tidak berapa sihat,selsema dan batuk yang tidak kebah-kebah.Maka selepas Isyak aku hanya terbaring di atas toto di depan TV dengan bertemankan minyak cap kapak.Anak bujang ku sibuk dengan dunianya sendiri,Sekejap main kapal terbang,bila dah jemu ambik pen conteng buku..kadang-kadang tak cukup buku badannya pun dia conteng.tapi disebabkan prihatin kat mamanya yang tak layan dia,dia pun sibuk panggil aku..

“mama,akit ke? nak bat? ” soalan lazim yang selalu ditanya bila tengok aku baring.Aku cuma angguk kepala je,dengan harapan dia tak kacau aku pas ni.Tiba-tiba dia pergi dapur bukak peti ais, nak amik ubat katanya..Aku cakap, tak payah Adam,mama dah ada ubat.tapi dia pergi jugak ke dapur.

“mama,ni bat..” sambil tu dia campak benda yang dikatakan ‘ubat’ tu pada aku.

ternganga aku tengok,bukan ubat ok,tapi sebiik telur yang dah selamat mendarat di atas badanku..

Pastu dia senyum2 manja.

Malam itu adalah malam 16 Mei.Dan aku telah mendapat ‘hadiah’ yang cukup istimewa dari Adam.

Aku rasa Adam telah terlupa nak wish sesuatu..

selamat hari guru,mama.Mama jadilah guru yang sabar ye..

p/s mama memang sangat ‘penyabar’.

Advertisements

Jangan di tanya..

Bila suami tanya,

‘Huda,peknen kali ni mengidam apa-apa tak?”

Aku: ‘ada..tapi tak tau le abang boleh belikan ke tak..’

Suami: “pe dia?

Aku:” emm..nak sangat benda ni..

…boleh abang belikan?..

Suami: hmm…menyesal tanya…

Aku: hehe..sape suruh tanya..:)