Sayang,mengapa selalu menguji..

alahai anak..mengapalah selalu menguji ibumu yang tidak berdaya untuk menjadi ibu mithali ini?

Teruna cilikku sangat aktif,suka mengusik sepupunya sampai bergaduh,suka tarik rambut orang,suka rampas mainan orang..

Semua orang pening dengan perangai dia.Kadang-kadang aku hilang sabar sebab penat mulut nak menegah maka jariku pantas  sahaja mencubit.Tapi itu bukan cara penyelesaiannya.Cepatlah berubah sayang,mama  kesian tengok Adam selalu kena marah.

 

Ya Allah,berikanlah daku kesabaran yang ampuh untuk aku menghadapi karenah anakku dankurniakanlahkepada kami anak yang soleh dan solehah.Ya Allah,Jadikan anakku Adam Haqimi seorang insan yang berakhlak mulia..amin..

Advertisements

Zaman remaja ku suatu masa dulu

Apa perkara yang korang kesalkan pada zaman remaja,yang sampai sekarang korang rasa rugi sebab tak buat benda tu?

Bila bicara tentang zaman remaja secara tak langsung teringat zaman persekolahan.Zaman persekolahanku telah 10 tahun kutinggalkan tapi masih terbayang-bayang setiap kenangan pahit manis yang tercipta.Zaman remajaku dulu tidaklah semewah dan sesenang remaja sekarang.Dulu dalam tahun 80-90an teknologi belum berkembang pesat.Kami 9 beradik membesar sebagai remaja kampung yang hidup serba sederhana.Ayah hanya seorang buruh kampung dan emak suri rumah tangga sepenuh masa.Dulu rumah kami TV pun takde.Seingat aku tahun 1991 baru rumah kami ada tv.Jadi untuk mengisi masa yang terluang aku selalu meminjam buku daripada perpustakaan desa yang dibuka pada setiap hari khamis petang.Setiap orang hanya dibenarkan meminjam 2 buah buku.Pada waku itu buku yang paling aku suka baca adalah siri penyiasatan 7 Penyiasat oleh Enid Blyton yang terdapat banyak siri.Selain itu ada juga novel Salma dari Nancy Drew,Sekolah Sri Melur dan beberapa lagi novel yang aku dah tak berapa ingat judulnya.Aku membesar dengan cerita Badai Semalam (Khadijah Hashim).Itulah novel pertama yang aku baca pada usia 9 tahun dan sampai sekarang masih ku ingat jalan ceritanya.Pada zaman yang facebook pun seperti mustahil untuk difikirkan,membaca adalah hiburan bagi aku.Secara tak langsung lenggok bahasa dalam karanganku juga terikut-terikut dengan bahasa novel yang ku baca.

antara buku faveret ku..kisah budak2 dok hostel

kisah Mazni dengan karim.Org gaji kawin ngan org kaya.

Sebab itu aku amat menggemari matapelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.Aku selalu berangan-angan untuk menjadi seorang penulis bila dewasa nanti seperti novelis-novelis yang aku minati.Aku juga sudah mula menlis cerpen semasa darjah 6 tetapi tak pernah dihantar ke mana-mana majalah kerana aku rasa malu dengan tulisan tanganku yang lebih kurang macam tulisan doktor.Nak menaip jauh sekali, jadi terperaplah cerpenku dimakan anai-anai.

majalah yg byk mengajar aku teknik2 menulis dengan baik

Hanya di  sekolah menengah baru aku berani menghantar nukilanku ke majalah sekolah.Pertama kali menghantar cerpen,tak sangka terus mendapat tempat pertama.Walaupun hanya di majalah sekolah tetapi kepuasan itu tak tergambar oleh kata-kata.Dan impianku untuk menjadi penulis semakin menebal.Selalu juga aku menulis cerpen tetapi itulah kesilapanku,tidak berani menghantarnya kemana-mana penerbitan.Padahal pada waktu itu majalah Dewan Siswa banyak menganjurkan pertandingan menulis cerpen.Pada masa itu,idea selalu datang mencurah-curah tambah-tambah lagi bila mula mengenali cinta monyet.Novel-novel Ahadiat Akashah banyak memberi inspirasi terhadapku untuk menulis.Aku sangat suka menulis kerana bagi aku dengan menulis aku boleh jadi apa yang aku mahu,aku boleh jadi semua watak yang aku nak walaupun karyaku cuma dibaca oleh teman-teman terdekat sahaja!

Itulah perkara yang aku kesalkan hingga sekarang pada zaman remajaku,TIDAK BERANI.Sekiranya aku berani dan berusaha lebih sedikit mungkin sekarang aku sudah ada 2-3 novel.

Sekarang,aku masih suka menulis cuma masa agak terbatas.Idea pun kadang-kadang kering.Menulis pun ikut mood.Kemanakah hilangnya semangat yang dulu?

 

*mungkin satu masa nanti aku berhenti kerja dan menulis sepenuh masa..mungkinkah?

Punica Granatum

Saya mengidam buah delima (punica granatum nama saintifiknya)..lama dah dicari tapi belum jumpa-jumpa.Masa tak mengidam dulu selalu je nampak kat pasar malam tapi sekarang takde pulak.Dugaan betul.Aku tak tau kenapa tiba-tiba nak makan delima.Sebelum ni tak minat pun.Pembawaan budak kot..bila google ,banyak sebenarnya khasiat buah delima ni.jom kita tengok.

 

Buah delima adalah sejenis buah yang berasal dari Mediterranean yang banyak digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengubati pelbagai jenis penyakit. Bentuk buahnya seperti epal dengan di dalamnya mempunyai beratus-ratus biji.Biji-biji inilah yang dimakan .Rasanya sedap ,masam-masam manis.
Buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam syurga . Sebagaimana firman Allah (Q:55:68)
Maksudnya: “Pada keduanya juga terdapat buah-buahan serta pohon-pohon kurma dan delima”.

Buah delima mempunyai pelbagai keistimewaan. Buah ini mengandungi zat besi, kalsium, folforus, vitamin A dan C. Zat besi yang terdapat di dalam buah delima dianggap sebagai unsur penting dalam pembentukan darah merah. Seseorang yang kekurangan zat besi akan mengalami penyakit anemia.

Sejak zaman dahulu ahli perubatan Yunani menggunakan ubat ini sebagai ubat cacing. Alkaloid yang terdapat pada kulit buah membuat cacing melekat pada dinding usus manusia melepaskan pegangannya. Buah delima masam pula boleh mencegah dari muntah, menghentikan cirit-birit dan melawaskan air kencing.

Terdapat kajian yang menyatakan bahawa biji delima dapat dijadikan ubat luka-luka yang teruk dan kebenjolan. Caranya dengan mengambil biji-biji delima ditumbuk dan dicampurkan dengan sedikit madu dan disapukan pada bahagian luka.Berguna juga untuk menurunkan berat badan .Ambil dua genggam daun delima muda diramas-ramas dengan air masak, dicampurkan sedikit garam. Dapatkan perahan pati, minum dua kali sehari.

Delima banyak mengandung antioksidan boleh melawan penyakit ketumbuhan /tumor.Menurut kajian Kanser prostat adalah jenis kanser kedua yang mengancam pria setelah kanser paru-paru.

 

*sumber dari http://petuakehidupan.blogspot.com

Makna di sebalik hon

Kalau korang semua ingat hanya kuntuman bunga jer yang ada maksud disebaliknya, korang silap!!!

Pernah tak masa driving, kadang-kadang kita dengar kereta yang berselisih atau kereta di belakang kita membunyikan hon?

Percaya atau tidak…

Tahukah anda bahawa setiap bunyi hon itu ada maksud tertentu disebaliknya.

 

Saya bongkarkan maksud disebalik bunyi-bunyi hon tersebut untuk anda sekarang. Please take note yer! hehe ..


1 x HON PENDEK – pemandu tu nak cakap “HAI”

2 x HON PENDEK – pemandu tu nak cakap “TERIMA KASIH” atau “JUMPA LAGI”


3 x HON PENDEK – pemandu tu suruh kenderaan depan tu cepat sikit (biasanya kat traffic light time dah hijau tak reti-reti nak jalan)


1 x HON PANJANG – pemandu tu beri amaran kereta lain bahawa diorang memandu secara merbahaya dan hampir menyebabkan kemalangan


  2 x HON PANJANG – pemandu tu marah “HOI!!!… BODOH XDER OTAK KE”


4 X atau lebih HON PENDEK – pemandu tu cakap ;

 

 

 

 

TIIILAM! TIIILAM!… TILAM LAMA, TUKAR BARU.. TIIILAAAM!… TIIILAAAAM!”