Bulan kerahmatan

Ramadhan menjenguk kembali.alhamdulillah kerana masih berkesempatan lagi untuk berpuasa tahun ini.Insyaallah tahun inisekali lagi puasa tanpa keuzuran seperti tahun 2009.Moga-moga fizikalku kuat untuk mengerjakan ibadah puasa kali ini dan harapnya si kecik dalam perut ni tak meragam.Cakap pasal si kecik ni,dah 24 minggu dah@6 bulan.Kejap je rasanya.mama belum buat preparation apa-apa pun lagi sayang.Nak kena buat checklist balik untuk tengok apa yang perlu dan apa yang tak perlu dibeli.Barang-barang Adam dulu elok lagi cuma baju banyak yang lusuh (maklum le abangnya lasak benar).Lagi satu kalau baby girl kena gak tukar yang lain.Takpe la,lepas raya mama ngan abah gi shopping barang si kecik ye..mari tengok sket gambar perut..

ni masa 18 week hari tu..tak nampak lagi..

mama @ 24 weeks..semakin ke depan..hehe

Nasib baik bulan ni naik 2 kg so nurse tak bising lagi.Harapnya kekal naik setiap bulan.Bulan puasa ni lagi la susah nak naik,makan tak berapa nak selera.Masih lagi berpuasa berjauhan dengan suami.Rindu rasanya nak bersahur dan berbuka bersama-sama.alahai.nasib kita ye bang.

Selamat menyambut ramadhan mubarak kepada semua.Semoga ramadan memberi kita keinsafan untuk terus melakukan ibadahnya dan mengabdi diri kepadaNya.

Meniti hari-hari yang indah

Sudah 21 minggu @ 5 bulan.Tinggal lagi 4 bulan untuk si kecik ni tengok dunia.mama tak scan pun lagi.Hari tu masa 4 bulan pernah scan sekali tapi tak nampak jantina lagi.Doktor kata baby ni kecik,sama la cam abang dia dulu.Berat  pun tak bertambah untuk bulan ni (jenuh la pasni kena leter ngan nurse).

Mengandung kali ini,

  1. 3 bulan pertama aku jadi pengunjung setia tandas.
  2. Selalu mabuk waktu malam sampai tak larat makan.
  3. Trimester pertama,alergik dengan makanan,bau pun tak boleh.Sekarang baru ada selera makan.
  4. Kawan-kawan dok tanya suka makan ayam ke ikan? Dua-dua aku tak suka.Yang palng aku suka,makan telur dengan hati ayam.Itu la faveret aku pregnant kali ni.Telur goreng letak kicap je dah ok.
  5. Perut macam mengandung sulung jugak,tak nampak sangat.Berat naik 0.5 je tiap bulan..teruk la kena marah ngan nurse.
  6. Sensitif.Asyik nak marah je.lebih rajin dari dulu.dulu asyik nak tidur je..haha

Masa pregnant Adam dulu kena sorok-sorok sebab masih belajar kat maktab lagi..peraturan maktab tak boleh pregnant masa tengah belajar.Cuma teman2 serumah je tahu.And luckily masa tu tak mabuk2. Kalau pergi kelas, jalan sambil cover perut dengan beg..Perut dah 7 bulan masih mendaki bangunan 3 tingkat nak pergi kursus induksi.(Patutlah Adam sangat aktif sekarang.) Waktu Kursus BTN diasingkan masuk golongan ‘OKU’.Ingat lagi masa hari pertama BTN pegawai tu suruh ibu-ibu mengandung bangun,merah padam muka aku.Pastu tu terbongkar la rahsia aku dah pregnant.Aduhai,kenangan sungguh..

Really hope for a girl this time.(cucu mak saya semuanya lelaki tau) tapi kami menerima seadanya. 😉 Semoga Allah mempermudahkan segala urusan.