Bulan kerahmatan

Ramadhan menjenguk kembali.alhamdulillah kerana masih berkesempatan lagi untuk berpuasa tahun ini.Insyaallah tahun inisekali lagi puasa tanpa keuzuran seperti tahun 2009.Moga-moga fizikalku kuat untuk mengerjakan ibadah puasa kali ini dan harapnya si kecik dalam perut ni tak meragam.Cakap pasal si kecik ni,dah 24 minggu dah@6 bulan.Kejap je rasanya.mama belum buat preparation apa-apa pun lagi sayang.Nak kena buat checklist balik untuk tengok apa yang perlu dan apa yang tak perlu dibeli.Barang-barang Adam dulu elok lagi cuma baju banyak yang lusuh (maklum le abangnya lasak benar).Lagi satu kalau baby girl kena gak tukar yang lain.Takpe la,lepas raya mama ngan abah gi shopping barang si kecik ye..mari tengok sket gambar perut..

ni masa 18 week hari tu..tak nampak lagi..
mama @ 24 weeks..semakin ke depan..hehe

Nasib baik bulan ni naik 2 kg so nurse tak bising lagi.Harapnya kekal naik setiap bulan.Bulan puasa ni lagi la susah nak naik,makan tak berapa nak selera.Masih lagi berpuasa berjauhan dengan suami.Rindu rasanya nak bersahur dan berbuka bersama-sama.alahai.nasib kita ye bang.

Selamat menyambut ramadhan mubarak kepada semua.Semoga ramadan memberi kita keinsafan untuk terus melakukan ibadahnya dan mengabdi diri kepadaNya.

Advertisements