Cerita hospital

Ini cerita lepas raya.Masa raya semuanya gumbira kan,lepas raya lain pulak citernya.Petang syawal ke 7 Adam tiba-tiba muntah lepas makan jambu air.Jambu tu jiran sebelah yang bagi,Adam tak makan habis pun.Habis semuanya keluar dengan makanan yang dia makan sebelum tu.Mula-mula aku ingatkan dia tersedak jadi aku tepuk-tepuk la belakang dia.Pastu tiba-tiba dia jerit ‘perut caya cakitt la mama..’ dan terus muntah lagi.Dia start  garu-garu kaki sambil nangis.Aku perasan badannya mula merah dan berbintat.Aku terus bukak baju dan seluarnya.Rupanya satu badan dah naik bintat macam ruam dan merah-merah.Pastu dia muntah lagi.rasanya dalam 4 kali dia muntah-muntah sampai takde apa yang keluar.Dekat area mulut tiba-tiba jadi bengkak dan bibirnya jadi biru.Pas muntah kali ke empat tu dia jadi lembik dan stop menangis.Masa tu dah dekat maghrib dah,mak terus suruh bawak ke klinik.Klinik paling dekat kat sini klinik kerajaan.Sampai kat klinik dia muntah lagi.Kat klinik time camtu mana ada doktor yang ada MA je.MA check suhu semua ok tapi dia syak Adam alergik sesuatu.tanda-tanda yang ada pada Adam macam termakan racun tapi dia pun tak pasti dan dia arahkan kami pergi hospital.Jadi malam tu tak pasal-pasal aku.mak dan Adam naik ambulan gi hospital Teluk Intan.Kereta aku adik laki aku drive follow ambulan dari belakang.Hospital dari rumah aku jauhnya sejam perjalanan.Dalam ambulan Adam dah ok sikit,dah stop muntah dan bengkak kat mulut pun beransur hilang.sampai kat sana doktor ambik darah dan masukkan air kat kecemasan.Masa tu Adam dah ok,mulut pun dah tak biru cuma ruam-ruam kat badan masih ada lagi.Dalam pada sakit macam tu masih lagi boleh sepak doktor time nak drip tu.Punyalah susah nak buat sampai tiga orang doktor kena pegang dia.Ingatkan dah masuk air dan nampak dia dah ok boleh la balik rupanya kena tahan wad pulak sebab doktor kata dalam darahnya ada jangkitan kuman.Adoi la..tido hospital aku malam ni.Mujur ada bawak baju dan susu dia siap-siap tapi aku la yang sehelai sepinggang..Mak balik dengan adik aku lepas belikan aku nasik ngan air milo.takut aku lapar tengah malam.Masa admit tu pukul 11 malam dah.

Itu cerita bab satu.Rupanya ada satu bab pasal hospital ni.Adam discharged esok petangnya lepas doktor check semuanya ok.Memang dia sihat macam biasa masa balik tu.Doktor kata dia alergik dengan something kat jambu tu.Mungkin jambu tu disembur racun serangga kot,aku pun tak pasti.Esoknya pas minum susu tiba-tiba dia muntah lagi.Kali ini dengan cirit birit pulak.Sehari 4 kali dia muntah setiap kali minum atau makan.Bagi ubat klinik private pun tak menjadi.Last-last kami ke hospital terus sebab doktor dah bagi kad merah untuk refer hospital kalau jadi macam tu lagi.kali ni aku dah siap-siap bawak semua barang takut kena tahan lagi.Rupanya memang kena tahan.Hari khamis discharged hari Isnin admit balik hospital,wad yang sama cuma katil je lain.Kat hospital masuk lagi air 2 botol.Sangat lah tidak best menjaga orang di hospital.Faham je la wad kanak-kanak,malam-malam memang tak boleh tidur.nasib baik Adam tak banyak sangat ragam so boleh jugak aku lelap sejam dua.Hospital takde aircond,kipas lak tak kuat..dengan keadaan tengah sarat ni memang terasa panas kat wad tu.Cari-cari dalam handbeg yang aku jumpa cuma A4 sehelai yang dapat aku jadikan kipas tangan.huhu..

Esok paginya suami datang.lega sikit.Dia dapat cuti emergency 3 hari.Nasib baik petang Selasa Adam dah boleh balik.Doktor kata tekaknya ada jangkitan kuman sebab tu dia tolak balik semua yang ditelan.Kat rumah Adam masih muntah lagi tapi taklah teruk macam sebelum tu.Sampaikan aku kena sediakan besen kat tepi toto nak tadah muntah dia.Dalam masa 5 hari sakit hilang 5 kg beratnya.Kesiannya hero mama.Layu tak bermaya je dia balik dari hospital.kalau tengok dia macam tu,aku lebih rela tengok kenakalannya seperti selalu.Sekarang alhamdulillah..sudah aktif seperti biasa.Cukuplah pengalaman itu di hospital,pasni bulan 11 mama lak yang kena stay hospital.:)

sakit ke tak ni..konfius..(dah boleh senyum bila nampak abah datang..)

Advertisements

10 tahun dulu..

Belek-belek album nak cari gambar masa pakai uniform sekolah dulu,terjumpa gambar ni..rindunya zaman persekolahan,waktu yang tak dapat diputar kembali.Inilah wajahku lebih kurang 10 tahun yang lalu sewaktu belajar di form 6.ha,kenal tak siapa disebelah ku itu? itulah puan sulie my BFF.

Kami waktu muda rumaja..haha

Masa ni tak kenal bedak compact lagi,tepek kat muka bedak baby johnson je,pakai krim fair&lovely.Balik sekolah beratur tunggu bas,muka pun berjelaga.Tapi manisnya tetap ada.haha..Setahun lepas tu masing-masing dah masuk U. Sekarang,masing-masing dah jadi mak orang.10 tahun lagi camne la keadaan kita ye kak Ngah? masihkah kita kekal slim macam sekarang atau lemak bertambah-tambah? semoga dipanjangkan usia persahabatan kita ini hingga akhir hayat hendaknya.dan semoga sentiasa kekal muda ‘rumaja’ sampai bila-bila..haha..

Naik tak turun-turun..

 

 

 

اللهم اجعل خير عمري أخره و خير عملي خواتيمه و خير أيامي يوم لقائك

“Ya Allah jadikanlah sebaik-baik umurku pada hujungnya dan sebaik-baik amalku pada akhir hayatku, dan (jadikanlah) sebaik-baik hariku iaitu hari ketika aku bertemu dengan-Mu (di hari kiamat”

Apa dia yang naik tak turun-turun? Umur kita! Saya sudah genap 30 hari ini.10 tahun yang lepas aku masih remaja sekarang dah jadi mak budak dah.Syukur pada Allah kerana masih diberi peluang bernafas pada hingga ke usia ini,dengan segala kurniaan yang tidak ternilai.

Ya Allah,semoga engkau panjangkan usiaku untuk aku berbakti kepada orang tuaku,suamiku,mendidik anak-anak muridku dan menjaga anak-anakku pada jalanMu..

 

Minal aidil wal faizin

Selamat hari raya semua.lambat sikit upload kad raya.Raya tahun ni Adam dah behave,tapi sat perangai buruk dia tak nak salam dengan orang.Kalau orang hulur tangan nak salam,dia sorok tangan ke belakang..boleh plak macam tu..sabar je la.Duit raya pun tak nak ambik.Bagus betul anak mama.Tahun ni baju raya ku tak siap..huhu..tapi raya tetap raya..