Cerita hospital

Ini cerita lepas raya.Masa raya semuanya gumbira kan,lepas raya lain pulak citernya.Petang syawal ke 7 Adam tiba-tiba muntah lepas makan jambu air.Jambu tu jiran sebelah yang bagi,Adam tak makan habis pun.Habis semuanya keluar dengan makanan yang dia makan sebelum tu.Mula-mula aku ingatkan dia tersedak jadi aku tepuk-tepuk la belakang dia.Pastu tiba-tiba dia jerit ‘perut caya cakitt la mama..’ dan terus muntah lagi.Dia start  garu-garu kaki sambil nangis.Aku perasan badannya mula merah dan berbintat.Aku terus bukak baju dan seluarnya.Rupanya satu badan dah naik bintat macam ruam dan merah-merah.Pastu dia muntah lagi.rasanya dalam 4 kali dia muntah-muntah sampai takde apa yang keluar.Dekat area mulut tiba-tiba jadi bengkak dan bibirnya jadi biru.Pas muntah kali ke empat tu dia jadi lembik dan stop menangis.Masa tu dah dekat maghrib dah,mak terus suruh bawak ke klinik.Klinik paling dekat kat sini klinik kerajaan.Sampai kat klinik dia muntah lagi.Kat klinik time camtu mana ada doktor yang ada MA je.MA check suhu semua ok tapi dia syak Adam alergik sesuatu.tanda-tanda yang ada pada Adam macam termakan racun tapi dia pun tak pasti dan dia arahkan kami pergi hospital.Jadi malam tu tak pasal-pasal aku.mak dan Adam naik ambulan gi hospital Teluk Intan.Kereta aku adik laki aku drive follow ambulan dari belakang.Hospital dari rumah aku jauhnya sejam perjalanan.Dalam ambulan Adam dah ok sikit,dah stop muntah dan bengkak kat mulut pun beransur hilang.sampai kat sana doktor ambik darah dan masukkan air kat kecemasan.Masa tu Adam dah ok,mulut pun dah tak biru cuma ruam-ruam kat badan masih ada lagi.Dalam pada sakit macam tu masih lagi boleh sepak doktor time nak drip tu.Punyalah susah nak buat sampai tiga orang doktor kena pegang dia.Ingatkan dah masuk air dan nampak dia dah ok boleh la balik rupanya kena tahan wad pulak sebab doktor kata dalam darahnya ada jangkitan kuman.Adoi la..tido hospital aku malam ni.Mujur ada bawak baju dan susu dia siap-siap tapi aku la yang sehelai sepinggang..Mak balik dengan adik aku lepas belikan aku nasik ngan air milo.takut aku lapar tengah malam.Masa admit tu pukul 11 malam dah.

Itu cerita bab satu.Rupanya ada satu bab pasal hospital ni.Adam discharged esok petangnya lepas doktor check semuanya ok.Memang dia sihat macam biasa masa balik tu.Doktor kata dia alergik dengan something kat jambu tu.Mungkin jambu tu disembur racun serangga kot,aku pun tak pasti.Esoknya pas minum susu tiba-tiba dia muntah lagi.Kali ini dengan cirit birit pulak.Sehari 4 kali dia muntah setiap kali minum atau makan.Bagi ubat klinik private pun tak menjadi.Last-last kami ke hospital terus sebab doktor dah bagi kad merah untuk refer hospital kalau jadi macam tu lagi.kali ni aku dah siap-siap bawak semua barang takut kena tahan lagi.Rupanya memang kena tahan.Hari khamis discharged hari Isnin admit balik hospital,wad yang sama cuma katil je lain.Kat hospital masuk lagi air 2 botol.Sangat lah tidak best menjaga orang di hospital.Faham je la wad kanak-kanak,malam-malam memang tak boleh tidur.nasib baik Adam tak banyak sangat ragam so boleh jugak aku lelap sejam dua.Hospital takde aircond,kipas lak tak kuat..dengan keadaan tengah sarat ni memang terasa panas kat wad tu.Cari-cari dalam handbeg yang aku jumpa cuma A4 sehelai yang dapat aku jadikan kipas tangan.huhu..

Esok paginya suami datang.lega sikit.Dia dapat cuti emergency 3 hari.Nasib baik petang Selasa Adam dah boleh balik.Doktor kata tekaknya ada jangkitan kuman sebab tu dia tolak balik semua yang ditelan.Kat rumah Adam masih muntah lagi tapi taklah teruk macam sebelum tu.Sampaikan aku kena sediakan besen kat tepi toto nak tadah muntah dia.Dalam masa 5 hari sakit hilang 5 kg beratnya.Kesiannya hero mama.Layu tak bermaya je dia balik dari hospital.kalau tengok dia macam tu,aku lebih rela tengok kenakalannya seperti selalu.Sekarang alhamdulillah..sudah aktif seperti biasa.Cukuplah pengalaman itu di hospital,pasni bulan 11 mama lak yang kena stay hospital.:)

sakit ke tak ni..konfius..(dah boleh senyum bila nampak abah datang..)

9 thoughts on “Cerita hospital

  1. huhuhu, anak saya pun baru discharged, 3hari kat hospital.. muntah2, cirit2, high fever.. bakteria dlm darah jugak.. alhmdulillah skang dah ok..

  2. haa..kak huda, akak x amik medical card / takaful kat adam? hadif mujur ada med card, dpt la warded kat hosp tawakal, 3mlm just bayar 100+ je..yg lain semua prudential cover..

    • akak amikkan utk dia yg saving punya.yg medical tak amik.tu la silap pulak hari tu.
      hadif dah ok ke? ms warded tu mmg ramai bdk2 lain yg kena simptom mcm tu..

  3. memula baca mmg aku kesian gila kat adam ni, tp bila tgk dia posing ngan abahnye boleh tak terus hilang kesian aku kat dia…hehehehe…posing x bleh blah anak beranak ni…

  4. Anak aku aritu 2 minggu selsema + batuk tak hilang2. bwk klinik 2 kali pon tak jadik apa.
    Last2 aku bwk pi klinik pakar, check ngan doktor pastu siap masuk gas skali. meraung-raung la budak kecik tu. tp alhamdulillah pastu dh elok, biar mahal sket janji berbaloi demi untok kesihatan anak…

    Pepehal pon semuga inche Adam cepat semboh. peace yo!

  5. Ya betul, hospital dengan rumah kak uda tu memang jauh sebab jalanya straight ja…
    kena keluaq awai sikit la.

    • mmg jauh…so kalau dh rase sakit sakit nk beranak cepat2 g spital…takut terberanak dalam kereta…hehehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s