Epal asam boi

Hari ni teringin nak minum jus epal asam boi.Tapi hari ni balik lambat lak,tak sempat nak singgah kat cafe yang selalu aku minum ice blended tu.Ni kalau mak tau aku minum ais dah dekat2 bersalin ni memang kena bebel la jawabnya.Sebab ais akan melemahkan badan kita,so nanti nak bersalin susah nak teran.Tapi ni je la peluang nak minum ais,kalau dah dalam pantang dah tak bolah dah.Takpe,hari ni home made ja la.Lagipun semua bahan dah ada kat rumah.Senang je,hari tu pernah buat dah..

Bahan-bahan:
3 biji epal hijau
10 biji asam boi merah
2 1/2 sudu makan air gula
Beberapa ketulan ais

Cara membuat:
1. Kisarkan epal hijau hingga hancur. Ketepikan.
2. Masukkan asam boi ke dalam gelas dan bancuh dengan air panas.
3. Letakkan air gula dan tuangkan jus epal tadi.
4. Kacau rata dan masukkan ketulan ais. Sedia dinikmati.

yang penting rajin..kalau tak rajin,kempunan la jawabnya..

Cepat la masa berlalu..

owh..kenapalah aku rasa minggu ini sangat lambat masa berlalu?

Sebenarnya aku sudah terasa malas nak pergi sekolah.Aku dah tak larat nak menghadapi karenah anak-anak didik. Aku selalu rasa stress…

Setiap kali bangun pagi  selalu terfikir,indahnya kalau hari ni hari Sabtu..

Sekarang ni malam-malam kaki selalu kena simpul mengkarung@cramp.Simptom itu menyebabkan terasa seksa untuk bangun pagi.Kadang-kadang tengah drive masih terasa lenguhnya.Kalau kena tengah2 malam lagi seksa,en suami takde utk tolong tarikkan.huhu..nangis sendiri..

Hari ni baru baru Selasa..cepatlah datang wahai Rabu,Khamis dan Jumaat.

nak kemaskan kelas pun dah tak larat..

Sebab-sebab mengapa cikgu kena banyak bersabar..

Kes 1

Tajuk: Sukan Kayak

Pengajaran dan pembelajaran: Menyalin semula perkataan yang disebut oleh guru

Tahun: 5 Dinamik

Bil murid: 5 orang

Hasil kerja 1

hasil kerja murid ke 2

kes 2

Tajuk: Ayat tunggal

Pengajaran dan pembelajaran: Membina 3 ayat mudah daripada gambar

Tahun: 3 Dinamik

Bil Murid: 5 orang

Yang ni memang susah nak fokus.Kalau buat kerja memang dia kena duduk sebelah aku.Sambil tu aku kena pegang rotan.Kalau tak sampai esok pun tak siap.

Kadang-kadang lucu jugak tengok hasil kerja diorang ni.Boleh jadi bahan ketawa kami cikgu-cikgi bila bersembang.Kadang-kadang tension  tengok,seolah-olah satu benda pun tak lekat langsung kat otak!

Inilah cabaran menjadi seorang guru.Sabar itu indah kan?

Di saat-saat aku stress, ayat-ayat ini yang menjadi motivasi..

Biar masa berlari
Dan kau terus mendaki
Aku tenang disini dengan sabar menanti
Tanpa dendam dan benci

Andainya kau terjatuh terluka dan tersungkur
Kurawat biar sembuh

Saat kau kesepian saat kau kegelapan
Kurela menerangkan

*Pelangi-Biarku Menjadi Lilin*


34 minggu

34 week@ 8 bulan..Berdebar-debar pulak untuk bersalin kali ni sebab dah tau macam mana sakitnya.Aku jadi manusia yang cepat letih utk baby kali ni.kaki cepat kejang start 7 bulan hari tu.selalu sakit belakang,tak boleh duduk lama-lama.berdiri lama-lama jadi semput lak.Malam susah nak tidur,mengiring sakit montot,menelentang sakit pinggang.huhu..Perut bukan besar mana pun,33 week weight just 46kg.Tiap bulan cuma naik 1kg  je. Hampir 90 % persiapan dah buat untuk baby.Takut bersalin awal macam yang sulung.Ni pun dah macam tak larat nak berjalan.Beza sangat masa pregnant Adam dulu.Paling tak selesa bila drive,baby suka mengeras and buat side kick kat tummy..owh sayang,lelaki lagikah dikau?

Semalam tiba-tiba sakit pinggang macam contraction.Ada la dalam setengah jam.Cuak dah,nak bersalin dah ke?? Belum cukup bulan la sayang.sabar la dulu ek.Kalau tak cukup bulan nnt kena dok dalam inkubator.mama tak sanggup nak berumahtangga kat hospital.Siapa nak jaga abangmu yang sangat baik itu?