Jalan-jalan ke utara

Awal 2012 dimulakan dengan perjalanan jauh ke utara untuk menghadiri majlis kahwin kawan lama masa kat PLF dulu,Shimie.Majlisnya pada 21 Jan bersempena dengan Tahun Baru Cina.Kami menginap kat T hotel Kuala Perlis.Rupanya dekat je dengan rumah pengantin,20 minit je sampai.Tak sangka ramai pulak kawan seopis dulu datang macam suzila berserta suami dan anak-anak,puan Sulie dan famili.Aku sampai dalam pukul 12 dah janji nak jumpa puan Sulie tapi dia lambat sikit.Tapi last2 memang tak dpt jumpa jugak sebab anak teruna saya buat hal pulak.Tiba-tiba nak mintak aiskrim kat situ.Mula-mula merengek lama-lama menjerit-jerit sampaikan kami nak shoot gambar dengan pengantin pun dia tak bagi.Baik sungguh perangai anak teruna saya kan.Nasib baik adiknya ok,tidur je dalam cloth sling.Terpaksa la kami balik awal,tak dpt jumpa dengan puan Sulie.Maaf ye kak ngah.nanti kita plan temujanji lain.

Kami bersama pengantin yg gojes, puan Shime & en Khai

Ada lagi cerita di Perlis.Akan disambung lagi.Sekarang saya nak masak dulu sebelum intan payung saya bangun.

Advertisements

Doa dan harapan

Semoga tahun ini rezeki semakin bertambah

semoga Allah limpahi seluas-luas rahmat untuk keluarga saya

semoga saya jadi isteri yang solehah hari ke hari

semoga saya jadi cikgu yang lebih rajin dan dedikasi

semoga tahun ni dapat pindah

semoga saya jadi mama yang  sabar dan penyayang

semoga anak-anak saya diberi kesihatan yang baik

semoga anak teruna saya jadi semakin baik…

semoga 2012 membawa  luck untuk kita semua..selamat datang 2012 (baru nak tulis setelah seminggu 2012 datang..haha)