Solat dengan anak kecil

Jumpa dalam FB.Sesuai untuk ibu-ibu yang ada anak kecik.Aku pun selalu hadapi situasi macam ni.Kalau time suami takde kat rumah dan si kecik tak mau ditinggalkan,solat jadi tunggang langgang baca mana yg wajib je.Takleh nak khusyuk bila anak dah menangis.Untuk panduan pada kaum ibu (bapa pun boleh jugak)..

Advertisements

Jalan-jalan ke utara (cerita seterusnya)

Mari sambung balik cerita kat Perlis.Aktiviti kami petang selepas kenduri ialah shopping di Padang Besar.Kalau dah pergi Perlis tak ke Padang Besar memang tak sah le jawapnya.Seronoknya tengok baju budak-budak yang comel-comel,rasa nak beli semua!

semua kids wear kat kedai ni harganya rm25 je tau..tengok la suamiku yang excited ..

Untuk senyapkan Adam,abah belikan jam Ben 10 dengan topeng ultraman.kalau tak menjerit2 nak balik sebab boring tunggu kitorang shopping..haha..

Lepas tu kami balik setelah dapat membeli apa yang dihajati.Dapat le beli baju anak-anak 2-3 pasang.Balik hotel kitorang mengabadikan kenangan di Jeti Kuala Perlis yang indah pada waktu petang.Konon nak tunggu matahari terbenam tapi disebabkan baby kecik lagi tak berani mama nak tanggung risiko.Senja-senja setan banyak kan..

hopefully this happiness will always be ours..


Esoknya dah balik dah.Singgah sekejap kat Pekan Rabu.lama tak pergi sini,dulu masa belajar kat UUM kat sini la tempat yang dituju kalau outing.Opps lupa nak mention,sebelum tu ada singgah kat UUM.Kali terakhir menjejakkan kaki ke sini pada 2005 masa konvo.Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pulak tempat bercinta opps..belajar..hehe..tapi tak ada gambar sebab masa tu hujan so pusing2 je la.

beli ikan pekasam kat Pekan Rabu

okey,itu sahaja cerita di utara.tak tau la bila buleh pi lagi no..Dah pukui 2 la chek nak tidoq dah…eh, sebelum tu chek nak tunjuk sling cloth yang chek guna utk kendong Qaireen,Lovely closet nama dia.boleh tengok kat sini.tak lenguh tangan kalau dukung baby untuk masa yang lama.masa makan pun senang nak pegang baby.Qaireen kalau masuk dalam ni terus je lena.

pandangan dari depan dan belakang.tapi tak sesuai untuk kaum bapa ye.tu yang suami ku bising sebab dia takleh nak pakai utk bwk Qaireen.hehe