Meraikan kelahiran (marhaban,berendoi Qaireen Hawani)

Waktu tulis cerita ni baru aku perasan gambar yang nak di upload ada kat laptop suami.Hari tu aku lupa nak transfer ke pc sendiri.Layan je la cerita  yang tak seberapa ni..

Sabtu lepas baru selesai majlis berendoi Qaireen Hawani.Dah 4 bulan baru nak majlis,susah nak cari tarikh yang free.Sekarang ni hujung minggu pun banyak kenduri,tak payah tunggu cuti sekolah.Berlangsungnya di rumah mertuaku di Perak,tak jauh dari kampung aku.Sebenarnya nama je majlis berendoi tapi buaian tu buat hiasan ye.Intan payung tu bukan nak sangat dok dalam tu.

ini buaian berendoinya..suami saya la tukang dekorasinya..kalau nak tempah jgn lupa pm ye..hehe

abah dan anak daranya,pusing-pusing masa berzanji..

Malamnya bermula majlis marhaban dan cukur jambul.(Padahal bukan byk sgt pun rambut Qaireen..haha).Buat syarat je.

atuk tu renjis air wangi je kat kepala..nak cukur takde rambut lak..

pas marhaban isi minyak pulak..gambar mama ada satu ni je,takpe bg can Qaireen posing banyak-banyak..

yang diraikan,pengantin kecil pada hari itu..intan payung mama yang makin debab..

korang perasan tak gambar si abang takde? sebabnya ntah ke mana perginya busy main kejar2 dengan budak-budak lain.Bila haus,letih dan mengantuk baru cari mama.Adam tertidur awal tak sempat nak tengok marhaban Qaireen.Ala,bukan dia heran pun..

Advertisements

Love this moment

Biar gambar yang berkata-kata… 

sweet kan..aku riba Auni,Puan Suliana dukung Qaireen.Adam buat muka kat tengah-tengah.Zayyan main dengan abahnya.Kami jumpa masa awal Feb lepas kat Putrajaya.Tujuannya adalah untuk mengambil spectra 3 kepunyaan Puan Suli untuk dipinjamkan pada aku.

si comel Auni

nanti cerita lagi..sudah mau tidur,esok sekolah..hehe..

3

update Adam 3 tahun dan Qaireen 3 bulan…

Sejak dah masuk kerja balik ni dah tak sempat nak online.On laptop pun hanya untuk buat kerja.Sibuk dengan hal sekolah,kelas,fail-fail,murid-murid,sekolah ganti (tak pasal-pasal aku pun kena ganti sekolah walhal time tu aku tak masuk keje lagi)..Rasanya macam banyak sangat benda nak cerita.Ok,satu-satu dulu.

28 Februari anak teruna ku Adam Haqimi sudah genap 3 tahun.Hero mama dah besar,dah ada adik pun.Tapi masih lagi manja dengan mama,sangat cemburu sekiranya mama pegang adik lama sikit.Bercakap dah macam orang dewasa,cepat meniru apa yang kita cakap.Kalau kita marah dia nanti dia akan cakap “mama ni  marah aje..tadi tak marah pun..” amek ko,sebijik terkena kat aku.Masalahnya,kalau kamu tu tak buat perangai mama takkan marah tau..Kadang-kadang kelakar jugak,ada satu hari tu masa aku tengah solat,dia berdiri kat depan aku.Puas aku berdehem-dehem tapi dia buat tak tau je.pastu aku jegil mata kat dia,ingatkan dia takut tapi dia gelak terkekek-kekek sambil cakap ‘mama,kenapa muka mama macam tu’. Akhirnya aku terpaksalah batalkan solat sebab aku pun dah tergelak sama.ekeke..Aku dah plan nak buat jamuan sikit untuk besday Adam hari Selasa tu tapi tiba-tiba ada meeting la pulak.Sempat beli kek je, makan bersama-sama sepupunya.Tahun depan kalau dia dah lulus potty training aku nak masukkan dia ke Pra Sekolah.Sekarang ni pun macam dah tak sabar nak pergi sekolah,cikgu-cikgi kat sekolah tu semua dah kenal dia sebab aku selalu bawak dia kalau ada aktiviti waktu petang.

Adam walaupun dah 3 tahun tapi rambut tetap sikit..haha..

Si adik,Qaireen Hawani dah tiga bulan.Qaireen aku hantar ke pengasuh,tidak dijaga oleh emak macam Adam.Qaireen sekarang sudah 5 kg beratnya,dah pandai gelak2 dan mengiring.Qaireen ni kat rumah sini kitorang panggil dia Wani.Kami, mama+abah panggil dia Qaireen.Ayah aku tak reti nak sebut Qaireen,dia kata terbelit2 lidahnya nak sebut Qaireen.Last2nya dipanggil Wani.Susah sangat ke nama intan payung aku ni? hehe..Sebenarnya nama yang aku sediakan mula-mula dulu Amni Humaira.Tapi abahnya cakap pendek sangat nama Amni tu.Pastu letak pulak Qaisara Humaira tapi aku tak nak nama Qaisara tu sebab dah ramai orang guna.Cari-cari lagi berkenan pulak dengan nama Qaireen(kebaikan).Humaira (yg berpipi merah) dah tak nak pakai dah tukar pulak Hayani (yang hidup).Suami kata Qaireen tu sedap bunyinya tapi Hayani dia pulak tak berkenan.(agaknya nama makwe lama kot..haha).Kebetulan bawah nama Hayani tu adalah nama Hawani (ibu penyayang)  pastu suami cakap amik nama ni je la.Uii penat juga mencari nama yang baik maknanya dan jarang orang guna ni rupanya ye.Jadi Qaireen tu nama pilihan mama,Hawani pulak pilihan abah.Panggil Qaireen boleh nak panggil wani pun boleh.tapi jangan panggil Hawa ye,aku tak suka.Ada la sebabnya..ekeke..

kena pakai reben ni baru muka nampak macam gegirl..

Seronok tengok anak-anak membesar depan mata.Permata hati anugerah tak ternilai,semoga kalian akan sentiasa di bawah lindunganNya dan menjadi anak-nak yang soleh dan solehah..

Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
… Jika engkau minta satu dunia akan aku cuba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia

-Terukir di Bintang-Yuna