3

update Adam 3 tahun dan Qaireen 3 bulan…

Sejak dah masuk kerja balik ni dah tak sempat nak online.On laptop pun hanya untuk buat kerja.Sibuk dengan hal sekolah,kelas,fail-fail,murid-murid,sekolah ganti (tak pasal-pasal aku pun kena ganti sekolah walhal time tu aku tak masuk keje lagi)..Rasanya macam banyak sangat benda nak cerita.Ok,satu-satu dulu.

28 Februari anak teruna ku Adam Haqimi sudah genap 3 tahun.Hero mama dah besar,dah ada adik pun.Tapi masih lagi manja dengan mama,sangat cemburu sekiranya mama pegang adik lama sikit.Bercakap dah macam orang dewasa,cepat meniru apa yang kita cakap.Kalau kita marah dia nanti dia akan cakap “mama ni  marah aje..tadi tak marah pun..” amek ko,sebijik terkena kat aku.Masalahnya,kalau kamu tu tak buat perangai mama takkan marah tau..Kadang-kadang kelakar jugak,ada satu hari tu masa aku tengah solat,dia berdiri kat depan aku.Puas aku berdehem-dehem tapi dia buat tak tau je.pastu aku jegil mata kat dia,ingatkan dia takut tapi dia gelak terkekek-kekek sambil cakap ‘mama,kenapa muka mama macam tu’. Akhirnya aku terpaksalah batalkan solat sebab aku pun dah tergelak sama.ekeke..Aku dah plan nak buat jamuan sikit untuk besday Adam hari Selasa tu tapi tiba-tiba ada meeting la pulak.Sempat beli kek je, makan bersama-sama sepupunya.Tahun depan kalau dia dah lulus potty training aku nak masukkan dia ke Pra Sekolah.Sekarang ni pun macam dah tak sabar nak pergi sekolah,cikgu-cikgi kat sekolah tu semua dah kenal dia sebab aku selalu bawak dia kalau ada aktiviti waktu petang.

Adam walaupun dah 3 tahun tapi rambut tetap sikit..haha..

Si adik,Qaireen Hawani dah tiga bulan.Qaireen aku hantar ke pengasuh,tidak dijaga oleh emak macam Adam.Qaireen sekarang sudah 5 kg beratnya,dah pandai gelak2 dan mengiring.Qaireen ni kat rumah sini kitorang panggil dia Wani.Kami, mama+abah panggil dia Qaireen.Ayah aku tak reti nak sebut Qaireen,dia kata terbelit2 lidahnya nak sebut Qaireen.Last2nya dipanggil Wani.Susah sangat ke nama intan payung aku ni? hehe..Sebenarnya nama yang aku sediakan mula-mula dulu Amni Humaira.Tapi abahnya cakap pendek sangat nama Amni tu.Pastu letak pulak Qaisara Humaira tapi aku tak nak nama Qaisara tu sebab dah ramai orang guna.Cari-cari lagi berkenan pulak dengan nama Qaireen(kebaikan).Humaira (yg berpipi merah) dah tak nak pakai dah tukar pulak Hayani (yang hidup).Suami kata Qaireen tu sedap bunyinya tapi Hayani dia pulak tak berkenan.(agaknya nama makwe lama kot..haha).Kebetulan bawah nama Hayani tu adalah nama Hawani (ibu penyayang)  pastu suami cakap amik nama ni je la.Uii penat juga mencari nama yang baik maknanya dan jarang orang guna ni rupanya ye.Jadi Qaireen tu nama pilihan mama,Hawani pulak pilihan abah.Panggil Qaireen boleh nak panggil wani pun boleh.tapi jangan panggil Hawa ye,aku tak suka.Ada la sebabnya..ekeke..

kena pakai reben ni baru muka nampak macam gegirl..

Seronok tengok anak-anak membesar depan mata.Permata hati anugerah tak ternilai,semoga kalian akan sentiasa di bawah lindunganNya dan menjadi anak-nak yang soleh dan solehah..

Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
… Jika engkau minta satu dunia akan aku cuba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia

-Terukir di Bintang-Yuna

 

5 thoughts on “3

  1. layan la dah tiga tahun. rambut sikit takpa kak uda, jangan gigi dia sikit. rambut buleh tumboh walaupon lambat, kalau gigi tak tumboh, kira kes naya tu beb.

  2. fulamak, lagu background video clip yusry + lisa masa depa kawen ni dulu nie…
    layan beb layan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s