Qaireen dah ‘mamam’

Qaireen sudah 5 bulan dan mama sudah suapkan nestum cerelac.Tak sempat nak tunggu 6 bulan kerana intan payungku ini tidak lena tidur kalau tidak makan.Mula-mula musykil jugak sebab takut belum masanya untuk solid food tapi bila surf di google ada infonya.Lega hati mama.Baby di bawah usia 6 bulan boleh di beri makanan pepejal apabila;

-boleh mengangkat kepalanya dan mengekalkan posisi itu
Adalah penting bagi bayi anda untuk mengekalkan posisi tegak dan stabil jika dia mahu mengambil makanan yang disuap dengan sudu.

• duduk dengan baik apabila dipegang
Mula-mula anda mungkin perlu memegangnya. Cuba tegakkan dia di hujung sofa atau sandarkan dia atas seorang orang dewasa.Kerusi tinggi budak boleh digunakan selepas itu, apabila dia sudah pandai duduk dengan sendiri.

• melakukan pergerakan mengunyah
Bayi anda mestilah boleh menolakkan makanan ke bahagian belakang mulutnya dan menelan. Apabila bayi anda pandai menelan dengan efisien, anda akan memerhatikan yang air liurnya sudah kurang meleleh.

• telah naik berat badan secara sihat
Kebanyakan bayi telah bersedia untuk makan separa pepejal apabila dia menggandakan berat lahirnya, yang akan berlaku sebelum atau sekitar usia enam bulan. Jika bayi anda tidak mencapai berat badan yang normal, berbincanglah dengan pakar pediatrik anda.

• amat berminat dengan makanan yang anda sedang makan
Bayi anda mula memerhatikan makanan yang anda sedang makan dan cuba mengambil makanan itu semasa anda mengambilnya dari pinggan untuk masuk ke mulut anda.

Jadi jangan risau kalau baby anda makan sebelum masanya jika semua tanda itu ada padanya.Setakat ini Qaireen berselera makan nestum lepas ni nak cuba bubur pulak.Tapi mungkin lambat sikit kot sebab mama belum rajin nak bangun lebih awal untuk masak bubur..hehe..

bukan setakat mamam,posing pun dia dah pandai..

1

Advertisements

Renung-renungkan..

Jika gaji kita RM 5000 tetapi kita kerja kuat seperti gaji RM 20000, Allah SWT akan berikan beza RM 15000 itu samada dalam bentuk duit, anak soleh, hidup bahagia dan lain-lain.

 Jika gaji kita RM 5000 tapi kita kerja malas macam gaji RM 2000, beza RM 3000 itu Allah akan tarik samada dalam bentuk kecurian, kesusahan, anak nakal dan seumpamanya.

-Prof Dr Muhaya-

Sesungguhnya kata-kata ini sangat terkesan di hati.No wonder ada orang yang tak berapa banyak duit tapi hidupnya bahagia,kerana dia ikhlas dengan kerjanya.Ingat-ingat lah wahai diriku yang selalu terlupa..renung-renungkanlah..