Qaireen dah ‘mamam’

Qaireen sudah 5 bulan dan mama sudah suapkan nestum cerelac.Tak sempat nak tunggu 6 bulan kerana intan payungku ini tidak lena tidur kalau tidak makan.Mula-mula musykil jugak sebab takut belum masanya untuk solid food tapi bila surf di google ada infonya.Lega hati mama.Baby di bawah usia 6 bulan boleh di beri makanan pepejal apabila;

-boleh mengangkat kepalanya dan mengekalkan posisi itu
Adalah penting bagi bayi anda untuk mengekalkan posisi tegak dan stabil jika dia mahu mengambil makanan yang disuap dengan sudu.

• duduk dengan baik apabila dipegang
Mula-mula anda mungkin perlu memegangnya. Cuba tegakkan dia di hujung sofa atau sandarkan dia atas seorang orang dewasa.Kerusi tinggi budak boleh digunakan selepas itu, apabila dia sudah pandai duduk dengan sendiri.

• melakukan pergerakan mengunyah
Bayi anda mestilah boleh menolakkan makanan ke bahagian belakang mulutnya dan menelan. Apabila bayi anda pandai menelan dengan efisien, anda akan memerhatikan yang air liurnya sudah kurang meleleh.

• telah naik berat badan secara sihat
Kebanyakan bayi telah bersedia untuk makan separa pepejal apabila dia menggandakan berat lahirnya, yang akan berlaku sebelum atau sekitar usia enam bulan. Jika bayi anda tidak mencapai berat badan yang normal, berbincanglah dengan pakar pediatrik anda.

• amat berminat dengan makanan yang anda sedang makan
Bayi anda mula memerhatikan makanan yang anda sedang makan dan cuba mengambil makanan itu semasa anda mengambilnya dari pinggan untuk masuk ke mulut anda.

Jadi jangan risau kalau baby anda makan sebelum masanya jika semua tanda itu ada padanya.Setakat ini Qaireen berselera makan nestum lepas ni nak cuba bubur pulak.Tapi mungkin lambat sikit kot sebab mama belum rajin nak bangun lebih awal untuk masak bubur..hehe..

bukan setakat mamam,posing pun dia dah pandai..

1

3 thoughts on “Qaireen dah ‘mamam’

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s