Risau

Qaireen nak genap 6 bulan lagi 2 hari..tapi sekarang ni mama tengah risau kerana EBM merudum pulak.sekali pump cuma dapat 2 oz je.Corong pam pulak tu rosak sebab terjatuh ke lantai masa nak basuh..haru biru betul.

Ya Allah,cukupkan lah air susuku untuk Qaireen Hawani.Kenyangkan lah dia dengan keberkatan kurniaanMu itu..

-mama menaip sambil google petua banyakkan susu badan.Moga masih ada rezeki untuk intan payung ku itu.

Advertisements

Kisah kasih

Corat-coret sempena ulang tahun perkahwinan ke 4 pada 26 April yang lalu..

Selalunya aktiviti kami setiap kali ulang tahun ini adalah bertukar hadiah.Hadiah yang masing-masing suka .Sebelum tu kena tanya dulu nak hadiah apa untuk tidak tak membazir. Kami masih lagi weekend hubby-wifey,Belum ada rezeki untuk duduk sebumbung.Sedang berusaha ke arah itu,mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan.Dalam tempoh 4 tahun ni,inilah ujian terbesar yang pernah kami hadapi.Masa mula-mula kahwin dulu suami ada cakap,kita ni Allah beri bermacam-macam nikmat dalam masa yang singkat,suatu masa nanti mesti ada dugaan besar Allah nak beri.Rupanya inilah ujian itu,duduk berjauhan.sampaikan aku pun dah lali.Dalam setahun paling lama duduk sebumbung dengan dia cuma  sebulan masa cuti akhir tahun.Demi tugas,apakan daya.

Dalam tempoh 4 tahun ini,macam-macam pengalaman yang telah kami lalui bersama.Masa awal-awal perkahwinan dulu suami banyak bertanya itu ini dalam proses untuk mengenali diri masing-masing.tapi ada satu soalan yang tak dapat aku jawab sampai sekarang.

‘kalau abang ditakdirkan mati dulu,ayang kahwin lain tak?’

Aku memang tak boleh nak jawab.Terkedu.Sebab aku tak pernah fikir sampai ke tahap itu.Biarkan takdir yang menentukannya seperti mana takdir menemukan aku dan dia.Tapi…aku rasa mungkin TIDAK.sebab kalau ditakdirkan aku yang lebih panjang umur mungkin masa tu aku dah tua,anak-anak pun dah besar.Lagipun aku rasa sukar untuk aku menyintai dan menerima lelaki lain selepas suamiku.Walaupun dia selalu merasakan dirinya banyak kekurangan,tapi bagi aku dia lelaki  yang terbaik untuk aku,yang melengkapkan ketidaksempurnaan ku.Suamiku tidak pandai berpuitis atau berbahasa bunga-bunga untuk menunjukkan dia seorang yang romantis.Romantiknya dia bukan pada kata-kata tapi pada saat dia mengikat tali bengkung waktu aku berpantang,menidurkan anak waktu aku sedang menyelesaikan kerja rumah atau memasak makanan kegemaranku waktu aku tengah loya-loya mengandung.Mungkin pada orang lain semua itu nampak biasa je tapi itulah yang membuat aku rasa sangat dekat dengannya.

Suami adalah syurga dan neraka seorang isteri.Masih banyak kelemahan dan kekuranganku sebagai seorang isteri.Ampunkan daku wahai sayang,seandai ada yang terkurang,tersalah semoga engkau dapat perbetulkan.Aku ini tulang rusuk yang bengkok tapi jangan dikau luruskan sehingga patah. Semoga kita menjadi abah dan mama yang baik untuk cahaya cinta kita  dan semoga Allah mengurniakan limpah dan kasih sayangNya pada ikatan suci ini sehingga ke hujung nafas kita.

momen indah 26 april 2008..terima kasih Allah..