Kisah kasih

Corat-coret sempena ulang tahun perkahwinan ke 4 pada 26 April yang lalu..

Selalunya aktiviti kami setiap kali ulang tahun ini adalah bertukar hadiah.Hadiah yang masing-masing suka .Sebelum tu kena tanya dulu nak hadiah apa untuk tidak tak membazir. Kami masih lagi weekend hubby-wifey,Belum ada rezeki untuk duduk sebumbung.Sedang berusaha ke arah itu,mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan.Dalam tempoh 4 tahun ni,inilah ujian terbesar yang pernah kami hadapi.Masa mula-mula kahwin dulu suami ada cakap,kita ni Allah beri bermacam-macam nikmat dalam masa yang singkat,suatu masa nanti mesti ada dugaan besar Allah nak beri.Rupanya inilah ujian itu,duduk berjauhan.sampaikan aku pun dah lali.Dalam setahun paling lama duduk sebumbung dengan dia cuma  sebulan masa cuti akhir tahun.Demi tugas,apakan daya.

Dalam tempoh 4 tahun ini,macam-macam pengalaman yang telah kami lalui bersama.Masa awal-awal perkahwinan dulu suami banyak bertanya itu ini dalam proses untuk mengenali diri masing-masing.tapi ada satu soalan yang tak dapat aku jawab sampai sekarang.

‘kalau abang ditakdirkan mati dulu,ayang kahwin lain tak?’

Aku memang tak boleh nak jawab.Terkedu.Sebab aku tak pernah fikir sampai ke tahap itu.Biarkan takdir yang menentukannya seperti mana takdir menemukan aku dan dia.Tapi…aku rasa mungkin TIDAK.sebab kalau ditakdirkan aku yang lebih panjang umur mungkin masa tu aku dah tua,anak-anak pun dah besar.Lagipun aku rasa sukar untuk aku menyintai dan menerima lelaki lain selepas suamiku.Walaupun dia selalu merasakan dirinya banyak kekurangan,tapi bagi aku dia lelaki  yang terbaik untuk aku,yang melengkapkan ketidaksempurnaan ku.Suamiku tidak pandai berpuitis atau berbahasa bunga-bunga untuk menunjukkan dia seorang yang romantis.Romantiknya dia bukan pada kata-kata tapi pada saat dia mengikat tali bengkung waktu aku berpantang,menidurkan anak waktu aku sedang menyelesaikan kerja rumah atau memasak makanan kegemaranku waktu aku tengah loya-loya mengandung.Mungkin pada orang lain semua itu nampak biasa je tapi itulah yang membuat aku rasa sangat dekat dengannya.

Suami adalah syurga dan neraka seorang isteri.Masih banyak kelemahan dan kekuranganku sebagai seorang isteri.Ampunkan daku wahai sayang,seandai ada yang terkurang,tersalah semoga engkau dapat perbetulkan.Aku ini tulang rusuk yang bengkok tapi jangan dikau luruskan sehingga patah. Semoga kita menjadi abah dan mama yang baik untuk cahaya cinta kita  dan semoga Allah mengurniakan limpah dan kasih sayangNya pada ikatan suci ini sehingga ke hujung nafas kita.

momen indah 26 april 2008..terima kasih Allah..

4 thoughts on “Kisah kasih

  1. fulamak kak uda buat cherita sangat menyayat hati la, ni yang aku suka nak bacha nie.
    ayat dalam perenggan mana tu yang sangat syahdu dan syahdan …. Hilal memberikan satu soalan Bonanza untuk Kak Uda untuk memikirkan jawapan yang sangat pasti.

    Itulah dugaan untuk org beriman macham Kak Uda. kang Hilal nun di Rawang, Kak Uda nin di sinin. pelan-pelan kayuh, walaupon berjauhan, namun sudah dua org pewaris harta buat peneman di kala sunyi.

    Kak uda ni kuat org nya, walaupon nampaknya kecik, tapi kuat semangat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s