Qaireen dan EBM

Mari baca sedikit cerita tentang penyusuan intan payung saya Qaireen Hawani yang dah melepasi  6 bulan.Orang kata dah boleh dapat diploma ni..Anak sulung dulu memang menyusu sampai umur 2 tahun tapi berselang dengan susu formula.Yang kedua ni memang aku telah berniat untuk bagi EBM.Alhamdulillah,setakat ini masih ada rezeki Qaireen tetapi cabarannya tetap ada.Setelah puas ‘menggoogle’ dapat lah beberapa petua untuk mengatasi masalah itu.Paling berkesan yang sedang aku praktikkan sekarang ialah mengepam selepas baby menyusu.Semakin kerap dia menyusu makin lumayan hasilnya.Aku guna 2 pump,satu manual tommie tippee, satu lagi pam elektrik spectra 3.Pump manual tu memang dah lama ada,kalau nak pergi mana-mana balik rumah mertua contohnya senang bawak yang tu je sebab ringan.Pastu kalau tengah rehat-rehat sambil tengok tv boleh mengepam.dapat la 2 oz.Tapi  lenguh tangan weii..

Spectra 3 tu pulak my BFF yang pinjamkan sementara dia belum nak ada baby lagi.haha..Aku nak beli terus dia tak bagi pulak.Yang ni aku bawak pegi tempat keje.Lebih memudahkan,aku ada bilik sendiri jadi senang nak buat power pumping.Selalunya aku pam 2x sampailah habis bekerja jam 2 petang,Tapi kadang-kadang terbabas jugak bila hari yang sibuk, sekali je aku mengepam.hari cuti paling aku suka sebab boleh wat stok EBM lebih sikit.

Sejak Qaireen dah makan ni kurang sikit menyusu.Malam je la yang dok ngempeng dengan mama.Sekarang ni dah pandai merangkak lagi la..kejap-kejap hilang,rupanya masuk bawah meja.Ada sekali tu aku mandi bila bukak pintu bilik air dia dah ada kat depan pintu..Laa..sampai ke situ dia cari mama.Habit dia sekarang,petang lepas mandi dan makan dia tidur.Nanti dalam pukul 9 bangun,menyusu pastu merayap satu rumah.Pukul 12 baru tidur balik..Nasib baik mulut senyap je.Sekarang ni mama cuti lagi,esok kalau dah masuk sekolah penat le mama nak berjaga sampai pukul 12.Mama pukul 9.30 dah pengsan dah..haha..

budak yang suka menjerit bila kena geletek..ekeke

Semoga aku terus istiqamah untuk mematuhi jadual mengepam.Tak lama lagi ramadhan seriau juga takut EBM tak mencukupi.Perlu ke ambik milk booster? setakat ni aku cuma makan spirulina.takpe nanti tanya pakcik google lagi..

4 thoughts on “Qaireen dan EBM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s