Intan payung mama

Alala intan payung mama,busyuk dier! dah 10 bulan Qaireen Hawani.Gigi dah ada 4,2 atas 2 bawah.Dah rajin ‘bercakap’.perkataan pertama yang dia sebut adalah ‘mamma’ ..uish,bangga mama! belum boleh jalan tapi pandai panjat tangga.Qaireen Hawani ,penghilang penat mama bila balik keje.Ni kalau Adam dah boleh baca harus dia jeles sebab mama asyik puji Hawani.Adam walaupun sudah 3 tahun lebih,sudah bergelar abang tapi sikap manjanya masih tebal.Bila tengok aku asyik mengulit Hawani dia akan rasa cemburu.Bayangkanlah ada masa tertentu dia tak bagi aku breastfeed Hawani sebab dia nak duduk  di riba aku.Apa sahaja yang adik pegang dia akan rampas dan kata itu adalah miliknya.(even baju skirt tu pun dia kata itu dia punya masa kecik dulu). kesian adik..nasib baik adik ok je.bila la agaknya ego si abang akan hilang ye..doa mama tak pernah putus untuk kalian sayang..