Mama tak pernah lupa saat itu..17 Nov 2011

Intan Payung saya telah genap 12 bulan 17 November yang lalu..Sekejapnya masa berjalan berbanding masa Adam dahulu mama asyik tertunggu-tunggu nak sambut besday yang pertama.Rasanya baru semalam mama terasa sakit contraction  pukul 5, 17 November setahun yang lalu lalu bersiap-siap ke hospital tak lama selepas itu.Mama tak pernah lupa saat itu,waktu mama sampai di wad bersalin mama dah rasa contraction selang 5 minit.Sampaikan nak cakap dengan nurse kat bahagian pendaftran tu pun mama berkerut-kerut dahi tahan sakit.Hari tu mama seorang saja patient dalam labour room.Pukul 7.30 masa tu,nurse dengan doktor pun masih sarapan.Sekejap sahaja melahirkan intan payung mama ni,mama push 2 kali je pastu  Qaireen Hawani sudah berada di depan mata mama.alhamdulillah,pukul 8.20 masa kelahiran puteri kedua mama.Hawani bayi paling kecik hari tu, 2.11 kg je.Yang lain semua 3kg ke atas.Walaupun Hawani kecik halus je masa lahir tapi usia 20 hari pipi dah tembam.Dagu pun dah berlipat.Sebab tu mama gelar dia Intan Payung macam karakter Ihsan dalam Upin Ipin tu..kan dia tembam.

Qaireen Hawani dalam usia setahun ini sudah boleh berjalan tapi masih bertatih lagi.Gigi masih kekal 4 belum tambah lagi.Rambut pun masih begitu juga (halus je macam bulu kucing)..anak mama dua-dua memang rambut segan sikit nak tumbuh.Kempunan mama nak buat tocang.haha..

Selamat hari lahir intan payung mama..Semoga membesar dengan sihat dan ceria,semoga jadi anak yang solehah dewasa kelak,semoga menjadi anak yang cerdik dan pintar dan semoga sentiasa dilindungi rahmat Allah SWT.Jangan dikau lupa,doa mama dan abah selalu mengiringimu..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s