Indahnya bergelar ‘suri rumah’

12.12.12 tarikh yang cantik dan saya pun tak mahu ketinggalan untuk menaip entri dalam blog ini.Pada waktu ini sekolah masih bercuti dan kerjaya aku  selama sebulan ini adalah menjadi suri rumah tangga sepenuh masa! nampak macam senang kan jadi suri rumah ni tapi sebenarnya untuk manusia seperti aku yang dah biasa keluar kerja ianya amat le mencabar..inilah rutin yg aku lalui hari-hari,

6.30 pagi  bangun solat subuh.hantar suami pergi keje (hantar depan pintu je)..kalau suami keje malam time ni tunggu dia balik keje

8.00 pagi sementara anak2 tak bangun lagi kemaskan dapur,buat sarapa(kalau suami keje malam dia dah siap belikan sarapan),basuh baju

8.30-9.00 pagi selalunya time ni anak-anak dah bangun,kemas tempat tidur,mandikan anak2,suapkan anak2 (sebab tak mau sepah satu rumah)

9.30-10.00 pagi  sapu rumah,buang sampah, sidai baju,decide nak masak apa hari ni

11.00 pagi layan anak2 tengok tv & main..time ni lah mainan semuanya keluar dari bakul..sambil tu fikir lagi nak masak apa hari ni..haha..tengok Hawani sudah layu mata,tidurkan Hawani

12.00 tengah hari  start masak.yang ringkas aje..sup adalah antara menu wajip sebab anak2 suka makan.Sambil tu layan karenah Adam,sekejap nak susu,kejap nak roti dgn jem..kadang-kadamg Hawani pulak nak breastfeed..macam-macam!

1.00-2.00 petang urusan dapur dah selesai,mandi,solat,suapkan anak-anak makan.layan FB / blog kejap

3.00 -4.oo petang tgk tv,tidurkan Adam..mamanya pun tidur gak sambil susukan Hawani.ekeke

5.00-5.30 petang mandikan anak-anak,angkat baju,kadang-kadang kalau tak hujan bawak anak2 jalan-jalan depan rumah

6.00-6.30 petang  kalau suami keje malam siapkan makanan untuk dia sebelum pergi keje..

7.00-8.00 malam  mandi dan bersiap untuk solat/mengaji

8.00 malam suapkan anak2,kemaskan dapurkemaskan mainan anak2,tengok tv sambil lipat baju

9.00 malam selalunya time ni dah free sikit,tengok tv/surfing internet,layan anak-anak,sembang-sembang dengan suami

10.00-11.00 malam tidurkan anak-anak..

12.00 malam time to sleep..esok ulang balik rutin yang sama..

Itu rutin yang biasa.Kadang-kadang bila keadaan jadi luar biasa,maka lari sedikit la jadual aku.Kalau anak-anak demam tak nak kena tinggal terpaksa la minta bantuan suami beli lauk je.Itupun dah banyak juga en suami bantu.lauk-pauk semua dia dah sediakan untuk seminggu,ikan dah siang,ayam dah potong..kalau tak lagi haru-biru le aku kat dapur tu.Cabaran paling besar bila jadi suri sepenuh masa ni kena kreatif nak fikir resepi apa nak masak hari-hari.Sejujurnya,aku ni bukan jenis yang cekap kat dapur..dan aku tensen kalau tengah masak pastu anak-anak menangis nak itu nak ini..solute untuk mereka yang dapat menjadi suri sepenuh masa kerana setiap apa yang dilakukan untuk suami dan keluarganya ada ganjarannya sendiri.Saya masih belajar untuk ke arah itu..inshaallah.

5 thoughts on “Indahnya bergelar ‘suri rumah’

  1. ini satu rutin yang bagus untuk diet.. sebabnya, basuh baju dan menyapu sampah merupakan satu aktiviti yang menyihatkan dan akan membakor kalori apabila kita dah makan nasik.

    aku mempratikkan amalam membuang sampah selepas makan nasik di rumah.. apabila kita berjalan, maka kalori akan dibakar…

  2. 12.12.12 – adalah hari bekerja kepada yang bekerja, kerana ada program penting kat pejabat.
    5.55 pagi bangkit dan mandi dan pakai baju kerja dan semayang suboh. Anak tak bangkit lagi.
    6.45 pagi keluaq pi kerja naik motor dari shah alam ke Putrajaya. Ambil masa dalam 50 minit.
    7.43 pagi Sampai opis dan parking motor dan keluaqkan kad akses terus ke punch card point. Opis aku guna kad ganti punch card.
    8.00 pagi basuh muka dan tuck in baju. Sebab masa datang kerja, aku tak tuck in baju. Lepas tu pi buat kopi o kat Kelab Dapoor… sambel makan biskut lutut.
    8.15 pagi time dah kerja.
    12.30 tengah hari Tengah hari pi makan biskut lutut lagi cicah dengan kopi o pagi tadi punya.
    1.30 petang semayang zuhur
    1.31 – 5.30 petang Kerja balek
    5.30 petang Punch kad out dan terus ke tempat meletak motor dan pakai helmet dan jaket dan glove, jalan brooooooooooooooooooooooooooommm.
    6.38 petang Sampai kat rumah dan terus ambek anak aku kat tadika bawah tu, bawak dia naik motor, pusing satu round dan terus parking motor. Naik ke rumah, terus asingkan baju kotor anak ke dalam bakul dan terus mandi. Dan bagi mandi anak.
    7.00 malam Standby untuk semayang maghrib dan main-main dgn anak. Kalau anak nak berak, nanti tolong basoh. Hehe.
    8.00 malam Makan malam dan tengok Berita sat. Isyak masuk, pi semayang dulu, atau lepak kat surau jumpa dgn member sat. Kalau sampah dah penoh, buang kat tempat buang sampah.
    9.00 malam – Kalau dah sampai jadual basuh kain, terus isi air dalam mesin basuh dan mesin kain atau kalau dah sampai time lipat kain, akan kumpul kain terus lipat boh dalam almari. Kalau hari tak membasuh, mungkin ada meeting pengurusan, pi kat bawah sampai tengah malam. Kalau tadak meeting, lepak rumah ja, main dgn anak.
    11.00 malam Setel basoh baju, lepak sat minum milo o sambel layan radio… bagi tenang sikit badan yang dah leteh basoh baju. Lepas tu tengok pinggan kat tempat kering, kalau dah kering, boh balek kat tempat pinggan. Sapu sampah sikit.
    11.30 – 11.45 malam Ambek ayer semayang dan tido.
    Kadang-kadang kalau hari cuti, pagi pi beli barang siket, kalau awal bulan, pi tukaq minyak itam motor kat kedai motor. Kalau ada apa-apa nak repair, cek-cek semua. Kalau ada masa, pi basoh keta, basoh motor atau tengok keadaan sekeliling bangunan, sebab kita diamanahkan untuk jaga bangunan. Ofis kat bawah menjadi opis kedua selepas ofis kerja. Begitulah kekiranya. Kalau ada benda nak print, pi kat sek 2, print kat kedai printing. Cuti jugak, jalan jalan la makan angin jugak.

  3. Saya pulak dah 3 tahun berjauhan dengan suami, akhirnya terpaksa akur setelah melahirkan puteri kami pada nov 2013 , memutuskan untuk berhenti kerja dan mengikut suami ke bintulu. Alhamdulillah setelah 3 bulan bergelar suri rumah, dah dapat keserasian di situ.. Almaklumlah kalu dulu pas subuh dah keluar rumah pastu maghrib baru bali. Tak nak redah jem la katakan ..kerja di kl memang macam tuh..huhu…tapi best jugak sebab sekarang bukan setakan jadi suri umah, dah kerja dai rumah jer. Work at home mother (WAHM).

    Nanti kalau free2 jomla layari blog saya… Banyak info yang boleh dikongsi di situ. Jom klik

    http://mypreciouslittleladybug.blogspot.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s