2013-Kali pertama..

Seperti  tahun2 yang sebelumnya blog ini selalu ketinggalan untuk mengepos entri baru di tahun baru..haha..tak tau nak kata apa,masa memang selalu mencemburui saya..

Tahun ini anak terunaku sudah bersekolah KEMAS 4 tahun dengan bermacam karenah.Aku sudah jangka dari awal.lagipun dia tak pernah dan tak biasa dijaga dengan orang lain.dari kecik emak yang mengasuhnya.

Hari pertama.menangis dari pukul 7.45 sampai pukul 9 pagi.Bukan nangis  je,siap panjat grill nak ikut mama.siap bagi penumbuk kat Pembantu KEMAS tu..alahai…tapi mama tak tunggu sebab mama kena kerja. buat hati kering walaupun sebenarnya sedih dengar dia nangis.

Hari kedua,masa nak pergi ok.bangun awal,siap pun awal.Mama bawakkan bekal susu.Tapi sampai je sekolah,tengok pintu pagar sekolah,terus nangis..

Hari ketiga..malam sebelum ke sekolah,baring dengan muka monyok suruh mama pegang dahi..’cuba mama rasa,panas tak badan saya? rasanya demam ni..esok saya tak nak gi sekolah’..padahal tak panas pun.berpeluh lagi.Alasan tak nak pergi sekolah! esoknya memang dia tak pergi skolah,meragam dah masuk kereta keluar balik..sabar je la..

Pening kepala mama.Mula nak give up.Dulu mama tak macam ni.mama senang je nak gi sekolah(kata embah)..Kami try carikan air kat seorang ustaz .Alhamdulillah dengan izin Nya Adam dah suka pergi sekolah..dah tak nangis,dah tak meragam..dah nak berkawan dengan budak-budak lain.Mama pun rasa lega.tapi,tiap kali mama jemput balik,kat depan sekolah tu ada kedai runcit.Adam mesti nak beli air kotak.Hari-hari..aduihh..takpelah,asalkan awak tak meragam.

Ada satu hari balik dari sekolah Adam nangis dari dalam kereta sampai lah ke rumah.tak tau hujung pangkal.dipujuk2 tak nak nak diam.mama tanya,  ‘kenapa Adam nangis ni? kan dah sekolah.kat sekolah tak nangis kan?

dia jawab ‘ye la sebab kat sekolah tak nangis,saya nangis la kat rumah’..huhu..mama dengar rasa nak menangis!

Adam Haqimi,ingat ye cerita ini,cerita pertama kali awak ke sekolah.Jadi kenangan bila dewasa kelak.

2 thoughts on “2013-Kali pertama..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s