Tempat baru..(baru nak cerita)

2014 aku sudah berada di Selangor.syukur akhirnya Allah mendengar doa kami suami isteri untuk menjadi seperti pasangan berkahwin yang lain,duduk bersama setelah 5 tahun berjauhan.Bermula satu episod baru di tempat kerja yang baru,suasana baru,kawan2 baru.
Sekolah baru di kuala Kubu Bharu.jaraknya 20km dari rumah jadinya harus bertolak seawal subuh dari rumah..
Adam dan Wani suka sangat dapat tinggal dengan abah.Kalau dulu nak jumpa abah sebulan sekali..sekarang celik mata je cari abah.Tapi paling sayu waktu nak tinggalkan rumah emak.32 tahun dok dengan emak (tolak 7 yahun kat asrama,3 tahun setengah kat UUM, 3 tahun kat KL) sampai dapat 2 orang anak..sakit demam kami anak beranak mak dengan ayah yang jaga.Emak sampai demam nak berpisah dengan cucu-cucunya.Hari tu banjir airmata jugaklah mengiringi kami pindah.Anak-anak pun masih sebut-sebut nama emak waktu minggu pertama kat Rawang.Paling mencabar,waktu nak hantar ke taska.Wani menangis nak pergi rumah pengasuh lama..Adam pulak menangis cari emak..jiwaku kacau bilau pergi sekolah.Dah la sekolah baru ni asyik meeting je tiap petang.2x stress.
Banyak lagi rasanya nak ditulis tapi lama-lama mengadap laptop ni rasa loya pulak..itu pun sejenis stress jugak..haha..sambung lain kali lah..kalau rajin la..

Advertisements