Hari lahir si puteri

17.11.2011 Qaireen Hawani telah selamat lahir ke dunia.
Hawani hanya seberat 2.11kg masa lahir.Yang paling kecik kat hospital hari tu.
Mama cuma sakit 3-4 jam sahaja masa lahirkan Wani.
Dalam labour room masa tu cuma mama seorang je yang nak bersalin.Doktor dengan staff nurse semua tengah breakfast masa mama masuk.
Lepas Wani dah keluar, diorang sambung breakfast balik..haha..kalau mama dah tak lalu dah..
Anugerah yang kedua,puteri tunggal mama setakat ini.Intan payung mama dan abah yang manja dan keletah.Tak boleh berenggang dengan abang Adam sampaikan nak masuk tadika sama dengan Adam.
Amat mudah meminta maaf kalau buat salah..
Qaireen Hawani yang tak banyak kerenah..sangat penyayang pada adik..sesuai dengan makna disebalik namamu..
Selamat ulang tahun kelahiran sayang.Semoga mama dan diberi kesihatan yang baik dan umur yang berkat untuk mendidik dan melihat dikau dewasa menjadi generasi Al quran..
Ketahuilah setiap detik bersamamu adalah momen terindah dalam hidup mama..
Love you very strong Qaireen Hawani..

image

Aduhai putriku sayang,
Kau bunga kebanggaan
Aduhai putriku sayang,
Kau bunga idaman..

*Putriku Sayang -hijjaz*

The third..alhamdulillah

IMG_0133

Meet my 3 months little hero..proudly named as Ajwad Hariri.
Seems so many thing I want to jot down but time were so priceless for a mum-with-three kids this moment..haha..
Maybe next time..tengoklah..;)