Aku dan pena yang menari..

Antara perkara yg aku nak lakukan pada tahun 2016 ni adalah update blog.Tapi nampaknya mcm tiada perkembangan langsung…hihi
Ni dah hampir nak masuk setengah tahun dah..akhirnya kugagahkan diri mencuri waktu menarikan jemariku ini di atas keybord handphone (sekarang nak update blog blh guna hp je..tapi tetap tak terbuat..)
Tahun ini adalah tahun ke 10 kewujudan blog aku.Entri aku yg pertama adalah pada Oktober 2006 iaitu bersamaan bulan pertama aku bekerja di Yayasan Kepimpinan Perdana (PLF).Masa tu bln ramadan..pekerjaan pertama yang aku terima selepas menganggur 6 bulan.

image

Ni entri pertama dalam blog aku

Blog ni byk kenangannya..kewujudannya sama waktu dengan kehadiran aku ke PLF.Masa aku masuk sini, aku baru lepas frust bercinta.Jadi entrinya byk berkisar tentang kisah2 hati yang terluka je la.

image

Entri minah jiwang..perghh!

Masa tu jugak bos kami galakkan masing2 ada blog sendiri.Jadi kitorang selalu update blog pastu yg komen adalah kitorang sendiri.Itulah terapi kitorang dalam ofis tu.Kadang2 baca komen pun boleh gelak sorang2.
Belek2 semula komen2 dlm entri yang lepas, suka baca komen yang ni,

image

Ni bos yg komen..sempena dgn entri pertunangan aku.klu nak baca entrinya kena cari blk kat archieve sbb aku dah lupa camne nak share linknya..hehe
Sekarang ni dah wujud mcm2 social media lain yg lebih interaktif.blog dah tak bape glamer sgt dah.Kawan-kawan yang seangkatan pun ada yg dah tukar blog..ada yg blognya dah bersawang😉..ada yg dah tak blh log in sebab dah lupa password..takyah kata blog org lain la blog aku sendiri pun setahun sekali je update..tapi tahniah untuk kawan2 yg masih aktif berblogging..harap2nya jangan la kita pencen dalam menulis blog ni ye..kenangan kita bila dah tua nanti..(harap2 masa tu link blog wujud lagi)

Camne ek nak tag kawan blogger yang lain? LOL

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s