Arjuna Saya

Arjuna Beta- Fynn Jamal

Takkanku biarkan walau ribut
Menyentakmu yang tidur
Datang petir menyambar
Jengking dan ular
Bonda takkan berundur

Nyamanlah Arjuna beta
Mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
Semua tak serupa

Kan ada satu ketika
Kau tak tahu mana nak pergi
Jalan betul anakanda
Tak jelas mata
Ambil yang sarat duri

Hiduplah Arjuna beta
Biarkan jasad yang luka
Selama Tuhan mu ada
Takkan engkau tercela

Ngeri tak terbayang mata
Bonda takkan ada sentiasa
Nanti moga kau tak lupa
Bonda memujukmu anakanda..

wpid-20140324_090942.jpg

Arjuna bonda sudah besar..genap 5 tahun Februari lalu..dah boleh jaga adik kat taska..moga membesar dengan sihat dalam kaih sayang Allah anakanda..

Advertisements

Tempat baru..(baru nak cerita)

2014 aku sudah berada di Selangor.syukur akhirnya Allah mendengar doa kami suami isteri untuk menjadi seperti pasangan berkahwin yang lain,duduk bersama setelah 5 tahun berjauhan.Bermula satu episod baru di tempat kerja yang baru,suasana baru,kawan2 baru.
Sekolah baru di kuala Kubu Bharu.jaraknya 20km dari rumah jadinya harus bertolak seawal subuh dari rumah..
Adam dan Wani suka sangat dapat tinggal dengan abah.Kalau dulu nak jumpa abah sebulan sekali..sekarang celik mata je cari abah.Tapi paling sayu waktu nak tinggalkan rumah emak.32 tahun dok dengan emak (tolak 7 yahun kat asrama,3 tahun setengah kat UUM, 3 tahun kat KL) sampai dapat 2 orang anak..sakit demam kami anak beranak mak dengan ayah yang jaga.Emak sampai demam nak berpisah dengan cucu-cucunya.Hari tu banjir airmata jugaklah mengiringi kami pindah.Anak-anak pun masih sebut-sebut nama emak waktu minggu pertama kat Rawang.Paling mencabar,waktu nak hantar ke taska.Wani menangis nak pergi rumah pengasuh lama..Adam pulak menangis cari emak..jiwaku kacau bilau pergi sekolah.Dah la sekolah baru ni asyik meeting je tiap petang.2x stress.
Banyak lagi rasanya nak ditulis tapi lama-lama mengadap laptop ni rasa loya pulak..itu pun sejenis stress jugak..haha..sambung lain kali lah..kalau rajin la..

Dugaan

image

Tengah mabuk..tak pernah rasa teruk macam ni.Waktu ni walau dihidangkan makanan seenak macam mana pun aku tak terliur langsung..
Dugaan nak dapat ahli keluarga baru 6 bulan lagi..alhamdulillah..welcome sayang..

Anak dara @ mak dara? (dah ada anak dara..)

Cerita ini terjadi awal tahun 2013.Pada bulan ketiga menghantar  dan menjemput Adam Haqimi ke Tadika KEMAS yang terletak di hadapan sekolahku,tiba-tiba seorang emak murid menghampiri dan bertanya,”minta maaf cikgu,nak tanya sikit..ni anak ke?”

“iye..ni anak..yang sulung..

“la,ingatkan cikgu belum kawin.muka mcm budak2 lagi..” katanya tersipu-sipu sambil beredar ke pondok menunggu.kat situ memang pot melepak kaum ibu yang nak ambik anak-anak balik sekolah.

“Ya Allah,tolonglah makcik..saya dah dekat lima tahun kat sini,dah dua kali mengandung takkan tak tau lagi yang saya ni dah kawin..” malangnya jawapan itu hanya berlegar dalam hatiku sahaja.takkan la nak jawap macam tu lak ye.

Kepada makcik yang bertanya tu ingin saya tekankan di sini,saya dah berumur 32 tahun ye..anak saya dah dua.Mungkin sebab ketinggian saya tak berapa nak cukup sebab tu orang tengok gaya macam remaja lagi.

Walaupun orang selalu kata aku tak dimakan usia.tetapi hakikatnya tiada yang kekal di dunia ini.Kulit muka dah ada garis-garis halus.. (tanda nak berkedut). Pigmentasi dah makin bertambah,badan pun tidak secergas dulu.Kalau main bola jaring pancit wehh..satu lagi nikmat yang Allah dah tarik perlahan-lahan dari aku ialah nikmat melihat.aku rabun jauh,seusia 14 tahun aku sudah berkacamata hingga sekarang.Power lak bukan makin sikit,makin tebal!

tetapi,

Cerita di atas bukan bertujuan untuk riak atau perasan aku ni awet muda.hanya sebagai perkongsian..

saya dan anak-anak..

saya dan anak-anak..

Hobi lama

Tiba-tiba rasa rindu nak menjahit.Semuanya bermula apabila tailor yang selalu menjahit baju ku telah menjahitkan sepasang gaun untuk Hawani daripada kain lebihan baju kurung raya yang lepas.Dalam hati terdetik,alangkah indahnya jika tangan ini yang menjahitkan baju untuk si kecil itu.Menjahit adalah salah satu hobi aku.Dulu-dulu waktu muda remaja aku memotong dan menjahit sendiri baju kurung.Sebulan sekali mesti nak tambah stok baju kurung lebih-lebih lagi waktu belajar di UUM kena pakai baju formal untuk kuliah.Kat kedah bahan kain murah,jadi bila outing beli bahan kain 2-3 pasang pastu cuti semester jahit kat rumah.baju kurung je la yang aku pandai,yang lain kena bukak kitab dulu..

Tapi sekarang dah dekat 5 tahun tak menjahit.Kali terakhir aku menggunakan mesin jahit masa jahit sarung bantal Adam.Sejak2 dah bekerja dan berkeluarga ni baju hantar kat tailor.Sebelah rumah je.Tak payah tunggu raya,asal teragak nak pakai baju baru je terus hantar kain. Setakat ni memang berpuas hati dengan servisnya sebab cepat dan selesa.

Berbalik pada cerita di atas,semangat pun berkobar-kobar nak mula menjahit.nak jahit dress untuk Hawani guna lebihan kain cotton yang ada.Google tutorial design dress budak kat internet.senang.Dulu time tak pandai google,aku amik baju yang dah tak pakai pastu tetas jahitannya dan tekap kat kertas.Saiz adjust la ikut yang kita nak.senang kan..sayangnya hajat nak mengasah skill yang dah lama berkarat ni tidak kesampaian kerana mesin jahitnya meragam..lama tak pakai! mesin kat rumah ni mesin lama yang warna hitam tu tapi guna elektrik.

rasa macam nak beli mesin baru.Yang siap ada sulam tu,menarik jugak.

nv950e

mesin jahit sulam nv950e..harga pasaran rm3999..idaman kalbu,tak tau bila boleh dapat..

menjahit sebenarnya mampu menghilangkan stressku..

Kasut@alas kaki

kasut raya Adam Haqimi

kasut raya Adam Haqimi

kasut raya anak dara..Qaireen Hawani

kasut raya anak dara..Qaireen Hawani

kasut raya mama..wedges siap ada reben lagi..

kasut raya mama..wedges siap ada reben lagi..

kasut raya abah..selipar kegemaran abah..haha..

kasut raya abah..selipar kegemaran abah..haha..

jangan marah ye abah..saja bergurau..hari raya banyak berhabis untuk anak-anak.Walaupun depa tak puasa tapi raya sakan..kasut depa lagi mahal dari kasut mak paknya..

Ala…dulu-dulu kita pun camtu..

Checklist ramadan

amalan-ramadhandah 15 ramadan ni..tapi sejujurnya bila checklist amalan yang pada awal ramadan berkobar-kobar nak buat tu masih banyak lompangnya..subhanallah..semoga Allah beri kekuatan dan kesempatan untuk meneruskan apa yang telah di azamkan dari awal lagi.Istiqamahlah wahai diriku..