Hobi lama

Tiba-tiba rasa rindu nak menjahit.Semuanya bermula apabila tailor yang selalu menjahit baju ku telah menjahitkan sepasang gaun untuk Hawani daripada kain lebihan baju kurung raya yang lepas.Dalam hati terdetik,alangkah indahnya jika tangan ini yang menjahitkan baju untuk si kecil itu.Menjahit adalah salah satu hobi aku.Dulu-dulu waktu muda remaja aku memotong dan menjahit sendiri baju kurung.Sebulan sekali mesti nak tambah stok baju kurung lebih-lebih lagi waktu belajar di UUM kena pakai baju formal untuk kuliah.Kat kedah bahan kain murah,jadi bila outing beli bahan kain 2-3 pasang pastu cuti semester jahit kat rumah.baju kurung je la yang aku pandai,yang lain kena bukak kitab dulu..

Tapi sekarang dah dekat 5 tahun tak menjahit.Kali terakhir aku menggunakan mesin jahit masa jahit sarung bantal Adam.Sejak2 dah bekerja dan berkeluarga ni baju hantar kat tailor.Sebelah rumah je.Tak payah tunggu raya,asal teragak nak pakai baju baru je terus hantar kain. Setakat ni memang berpuas hati dengan servisnya sebab cepat dan selesa.

Berbalik pada cerita di atas,semangat pun berkobar-kobar nak mula menjahit.nak jahit dress untuk Hawani guna lebihan kain cotton yang ada.Google tutorial design dress budak kat internet.senang.Dulu time tak pandai google,aku amik baju yang dah tak pakai pastu tetas jahitannya dan tekap kat kertas.Saiz adjust la ikut yang kita nak.senang kan..sayangnya hajat nak mengasah skill yang dah lama berkarat ni tidak kesampaian kerana mesin jahitnya meragam..lama tak pakai! mesin kat rumah ni mesin lama yang warna hitam tu tapi guna elektrik.

rasa macam nak beli mesin baru.Yang siap ada sulam tu,menarik jugak.

nv950e
mesin jahit sulam nv950e..harga pasaran rm3999..idaman kalbu,tak tau bila boleh dapat..

menjahit sebenarnya mampu menghilangkan stressku..