Day 3:my idea for perfect first date

well,cabaran diteruskan..emm..first date..camne nak tulis ye..teman dulu jarang berdating,kalau dating pun bawak kawan-kawan..tapi jom la kita tengok..

1.Simple but cute

First date kan,tak payah la mekap beria sangat.Just be yourself.Pakai la baju yang bersesuaian dengan umur kita.Dan jangan over sangat memakai barang kemas.nampak macam nak pergi kenduri pulak.Paling penting supaya tak jadi mangsa ragut nanti.

camni kan ayu dan sopan..

2.Ice breaking

Mula-mula mesti malu-malu,tak tau nak citer apa.Iyelah,selama ni citer kat sms or FB bila dah bersua muka terus jadi kaku.Apa nak citer ye? rasanya elok la kita citer pasal diri masing-masing walaupun dah tau sikit-sikit.Sambil-sambil tu selitkan la lawak sikit.tak la bosan sangat.tapi jangan lak buat lawak yang mengarut @lucah.cari nahas tu..

jangan lak buat muka camni..pengsan pulak org tu kang..

3.Tempat makan

Kenapa ye kalau orang dating selalunya kat tempat makan@restoran? ngape tak pergi kolam ikan ke,muzium ke or zoo? tapi hari tu dalam drama Lagenda Budak Setan Kasyah dan Ayu dating kat zoo.Menarik juga.Sambil-sambil borak boleh tengok gelagat ‘kawan-kawan’..haha..Pengalaman aku dulu dating dengan sorang mamatni kitorang lalu kat sebuah rumah orang Cina,tiba-tiba kena kejar anjing.Kelam-kabut kitorang lari.Yang kelakarnya dia yang lari dulu dari aku..(eh,kenapa pulak aku bukak citer lama ni)..

4.Window shopping

Ajak le gi window shopping,bawak ke bahagian baby.Ni salah satu cara nak tengok teman kita ni penyayang ke tidak..Silap-silap gaya kalau terjumpa kawan-kawan diorang ingat korang dah kahwin lak..cutenyer..

5.Ajak solat

Kalau boleh dating la kat tempat yang dekat dengan tempat solat.Contohnya macam shopping complex supaya bila masuk saja waktu solat boleh la ajak dia menunaikan suruhan Yang Esa.Dating-dating jugak,yang wajib jangan lupa buat.Sekurang-kurangnya boleh mengelakkan perkara-perkara maksiat.

Ok lah..tu je yang aku boleh kongsikan.Sebenarnya aku pun bukan pandai sangat.Main belasah je.Tapi ingatlah pesan Anna rafali dan Suhaimi Meor Hasan kalau nak berdating ..boleh pandang-pandang..duduk renggang-renggang..bertambah sayang..

 

Day 2: my favourite movie

Korang pernah tengok citer ni tak? Pada yang tak minat hindustan  mungkin tak layan pun.Movie ni glamer sekitar 2002,masa  zaman jadi student kat UUM.Secara tak sengaja seorang kawan beri pinjam CD ni pada kawan aku jadi dia pun ajak aku tengok sekali.Tak sangka pulak citernya best.Tapi yang paling best bab lagu-lagunya yang ada medley lagu-lagu lama.Antara pelakonnya Hitrik Roshan,Kareena Kapoor dan Rani Mukherjee.Rasanya dah dekat 10 kali aku tgk citer ni siap hafal dia punya skrip..bukan aku je,geng-geng aku yang lain pun addicted dengan movie ni.Yang bagi kami CD ni adalah seorang lelaki pulak tu.

jalan citer ok, tak lah tangkap leleh sangat cuma biasa la ending dia klise cam citer Hindi yang lain.Happy ending tapi agak tak logik la..haa,satu lagi,dalam movie ni takde adegan bergaduh tumbuk-tumbuk..yang ada cuma permainan emosi jer..tu yang aku suka.:)

Day 1: my favourite song

KENANGAN TERINDAH – SAMSONS

aku yang lemah tanpamu
aku yang rentan karena
cinta yang tlah hilang darimu
yang mampu menyanjungku

selama mata terbuka
sampai jantung tak berdetak
selama itu pun
aku mampu tuk mengenangmu

darimu
kutemukan hidupku
bagiku
kau lah cinta sejati

yea ohh

bila yang tertulis untukku
adalah yang terbaik untukmu
kan kujadikan kau kenangan
yang terindah dalam hidupku
namun takkan mudah bagiku
meninggalkan jejak hidupku
yang tlah terukir abadi
sebagai kenangan yang terindah

Luv this song bukan sebab ada kena mengena dengan kisah dulu-dulu tapi sebab liriknya yang cukup mendalam..

yeah.aku telah memulakan cabaranku dengan semangat berkobar-kobar! macam takde benda lain nak buat kan..lantak le,ini blog aku yang punya! haha..

Challenge yourself!

Jalan-jalan menjelajah ke blog kawan kepada kawan,tiba-tiba tertengok entri ni..macam menarik..nak try buat lah..(boleh ke aku ni buat,nak update blog pun kadang sampai bersawang..haha)..ni kira cabaran la ni..lets try!
day 1 : your favorite song
day 2 : your favorite movie
day 3 : your idea for perfect first date
day 4 : your favorite photograph of your best friend
day 5 : a picture of something you want to do before you die
day 6:  a photo of an animal you’d love to keep as a pet
day 7 : your dream wedding
day 8 : a song that match your mood
day 9 : a photo of the item you last purchased
day 10 : a photo of your favorite place to eat
day 11 : what’s in your make up bag?
day 12 : your current relationship, if single discuss how single life is
day 13 : a picture of your favorite band or artist
day 14 : a tv show that you’re currently addicted to
day 15 : something that you don’t leave the house without
day 16 : a picture of someone who inspires you
day 17 : how you hope your future will be
day 18 : 5 things that irritate ME about opposite/ same sex
day 19 : a picture of something you want to do before you die
day 20 : the meaning behind your blog name
day 21 : a photo of something that makes you happy
day 22 : a letter to someone who hurt you recently
day 23 : 15 facts about you
day 24 : a photo of something that means a lot to you
day 25 : who are you ?
day 26 : a photo of somewhere you want to go
day 27 : what kind of person attracts you?
day 28 : in this past month, what have you learn?
day 29 : something that you could never get tired of doing
day 30 : a photograph of yourself today + three good things that happened in the past 30 days.

amek ko..

Tak tau le apa yang aku tekan sampai widget blog ni turun ke bawah..dashboard pun turun ke bawah.Susah pulak post entri.Jenuh godek-godek ,tanya kat pakar rujuk pun tak nak gak kembali ke asal..penin dibuatnya.Last2 jalan yang paling senang,tukar jer themenya..haa..amek ko! puas hati aku..

dah Luntur kena la polish balik..

adakah aku seorang yang tidak bersyukur? (refer pada entry sebelum ini)..

now I dah muhasabah diri.Apa lah sangat ujian ini berbanding orang lain.Walaupun aku dok jauh dengan suami,tapi dia still boleh balik tiap2 bulan.Ada kawan aku dok jauh dengan anak dan suami sebab kena posting kat Sarawak.Cuti sekolah jer boleh jumpa.Aku walaupun jauh dengan suami tapi masih duduk dengan mak ayah berbanding kawan-kawan aku yang di seberang sana yang duduk jauh dari family.jadi,aku sangat bersyukur kerana pada tika ini aku sebenarnya berada dalam zon selesa..dok kat kampung sendiri,tempat kerja yang dekat dan tak jem,anak diasuh oleh mak sendiri..apa lagi yang perlu aku keluhkan..Bersyukurlah dengan apa yang ada..

Feel better now..alhamdulillah…(petang ni suami balik..hehe)

Luntur

Selamat datang 2011..lambat sikit update untuk entry tahun baru.Tahun yang baru dan sesi persekolahan yang baru..baju baru,kasut baru,beg baru,cuma semangat je yang tak berapa baru..so horrible!

Tahun ni,

* masih lagi mengajar di Perak…belum dapat tukar 😦

* Kawan-kawan yang senasib semua dah tukar sekolah,ikut suami masing-masing

*Tak de geng dah,Kawan baik @ geng  berenti keje and tukar sekolah..(sedih lagi)..

*Masih belum tinggal sebumbung dengan suami daa..( bilakah akan tiba saat itu? )

Permulaan tahun yang agak mendukacitakan dan sedikit sebanyak mencacatkan semangat aku.Apa nak dikata,takdir bukan di tangan kita.Nak tulis pun malas dah,pen off  dulu..