Bersawang

Banyaknya sawang kat blog ni ye..lama dah tak menaip.

Sape boleh tolong sapu sawang ni ye..Cuma berkesempatan berinternet bila si kecil sudah lena dibuai mimpi.Masalahnya dengan mamanya sekali terbuai mimpi! haha..alasan semata-mata ,yang sebenarnya M.A.L.A.S.

MALAS nak gaduh dengan Adam yang sibuk nak tengok upin ipin dalam youtube kalau mamanya sedang online.

nanti Hawani pulak datang terkedek-kedek nak mintak disusukan.

nanti Adam tiba-tiba nak makan padahal petangnya sudah kenyang makan nasi dengan  mama…pastu nak susu.pastu nak gi toilet. Hawani pulak tiba-tiba nak uai..nak uai..la,nak nak tidur dalam buaian rupanya..

pastu Adam jerit2, mama,tolonglah saya bentangkan toto ni! mama pun bentang toto dok depan tv,baring tepi Adam sambil tengok cerita kat tv, lama-lama tv yang tengok kita..haha..

Kadang-kadang lappy on sampai ke pagi.Sedar-sedar dah subuh..emm..alahai. (busy nya hidup myasara ni ye..bukan busy mana pun tapi tak pandai nak cari masa.)

Esok malam la pulak nak update blog..

Advertisements