new look..

Teruja pulak aku tengok blog amien dah tukar theme KOI,aku pun ketuk2 keyboard cari theme lain untuk blog ni..dan hasilnya..ni la wajah terbaru blog ku..serba hitam..tapi bukan KOI,ni theme Wu Wei.terima kasih daddy amien kerana memberi ilham untuk menukar theme ni.

emm..boleh la..bertukar selera..tapi untuk header dah hilang gambar ‘jariku tengah menari’.Tak sempat nak buat yang baru.Nanti akan ku curi masa untuk menggodek lagi PC ku.

ok friends,enjoice!! (enjoy+rejoice..)

Mencari yang positif

Cuti 2 minggu dah nak habis.alala..malasnya nak kembali mengajar.Selepas kejadian 2 minggu lepas di mana aku di ‘persalahkan’ dan diperlekehkan’ di khalayak ramai oleh bos ku sendiri (best kan jadi bos,boleh sesuka hati marah dan mencari kesalahan orang bawahan),aku rasa down sangat.Lepas tu ada pulak yang menokok menambah..wah,cukup la asam garamnya..

Berhari-hari jugak la aku mencari yang positif daripada insiden yang negatif tu.Jatuh jugak lah airmata ni walaupun tidak kuzahirkan pada sesiapa.Memujuk hati sendiri kerana aku tahu,setiap pekerjaan itu ada bebannya,ada tekanannya.Saat-saat begini aku rindu pada masa silam kat ofis dulu.Walaupun pernah bergaji kecil tapi tidak pernah setension begini.Walaupun balik pukul 5.3o tapi sangat bahagia waktu itu.Balik rumah tak payah pening fikir kerja untuk hari esok,tentang perangai murid-murid yang setiap hari berbeza-beza ,tentang anak didik yang belum lagi boleh mengeja..

Bukan aku menyesal dengan jalan yang ku pilih,tapi inilah harga yang perlu ku bayar kerana memilih untuk MENDIDIK anak bangsaku..Tuhan,padaMu ku mohon sabar yang banyak,jadikanlah hati ini,hati yang kuat dan tabah dalam perjuangan ini..

megi sekawah..

*mak ngah,curik gambar ko.hehe..teringat memori meggi sekawah ni..dulu2 kat ofis lama saya,Shimie suka buat maggi banyak2 pastu panggil kami ramai2 makan kat bilik dia.maggi tu dia wat resepi sendiri,boh kicap+sos+cili padi..terangkat..maggi paling sedap yg pernah saya makan dan bekfes paing sempoi di PLF.what a memorable moment..

hari yang malas..

malasnya saya hari ni..hari dah meninggi tapi saya masih berlengkar kat depan tv tengok kartun..haha..(sudah jadi mak budak pun masih layan kartun).tapi budak kecik itu dah saya settelkan awal2,mandikan dia,suapkan nasi dan buatkan susu.pastu dia akan memulakan aktivitinya seperti selalu..menyepahkan barang! saya dah tak larat nak kemas.biar je la,nanti bila dia dah tidur baru la saya kemas..
suami saya bila balik keje mau pengsan tengok rumahnya yang macam tongkang pecah..

eh..eh..

zayyan lapaq yea..

eh..nape si mulat Zayyan ni ada kat blog mak uda? klik   kawan baru untuk cerita selanjutnya..