My ‘Intan payung’

Qaireen Hawani-seminggu

Intan payung saya dah selamat keluar pada hari khamis 17 Nov 2011 jam 8.46 pagi di hospital Teluk Intan sewaktu budak-budak tahun 6 sedang berdebar menunggu keputusan UPSR.Alhamdulillah saya dapat anak dara.Nama intan payung ni Qaireen Hawani.Agak sukar jugak mencari nama intan payung ni sebab sepanjang pregnant saya ingatkan saya akan dapat baby boy lagi.Scan pun tak nampak.Jadi kami cuma sediakan nama lelaki sahaja.Kalau ikutkan kami suami isteri suka nama Humaira tapi sama pulak dengan nama anak sepupu jadi terpaksalah cari nama lain.Nanti kalau ada masa saya akan ceritak kisah disebalik mencari nama intan payung saya ni.

Saya sedang dalam edisi berpantang sekarang dan membataskan masa saya untuk berblogging.Lagipun gambar Qaireen tak banyak lagi.Nanti bila saya dah rajin saya cubalah upload gambar dan entry terbaru pasal dia..ni tengah menaip pun sambil meriba Qaireen dengan pilis di dahi dan duduk tersiput2 sebab pakai bengkung..sabar je la..

Kalau boleh..

Dah 39 minggu ni..intan payung dalam perut ni masih belum ada tanda nak keluar.Seronok dia dok dalam ni ye,main bola dalam tummy mama tiap malam.Kalau boleh aku harap biarlah bersalin minggu ni sebab en suamiku sedang bercuti sekarang.Boleh la dia hantar gi hospital kalau tiba2 dah ada tanda nak bersalin.Lagipun senang sikit nak tinggalkan Adam kalau dia ada.Sekarang ni si teruna cilik tu asyik buat perangai je.Dia dah start jeles sebab adiknya nak keluar la tu.Bermakna mama dah kurang beri perhatian kat dia.Kesian..
Bila nak keluar ni sayang? nak tunggu cuti sekolah ke? huhu..mama dah takde mood nak gi sekolah dah..