Sama ke?

Tau tak,kalau first time orang jumpa aku ucapan yang selalu diorang cakap;

“eh,muka awak ni macam familiar la..” atau,

“macam pernah nampak la ko ni..tapi kat mana ye?”

yang lebih kelakar dan tak boleh ku lupa,

eh eh,ni mukanya macam pelakon la..” (yang telah diucapkan oleh seorang mak cik ketika aku pergi ke sebuah kenduri kahwin).

Ada seorang kawan aku ni lagi haru,tau apa dia cakap?

“Muka hang ni memang familiar, bersepah kat mana-mana ada..” (ni dah lama hidup ni..)

Aku pun tak perasan tapi diorang selalu cakap muka aku nak dekat sama macam pelakon LINDA HASHIM. Sama ke? entah le korang tengok la sendiri..

kena la amik muka ku yg dah di touch up.kalau gambar aku yg specky beza sgt lak..

*ala,kan orang kata dalam dunia ni ada 7 orang yang muka sama.ni aku dah jumpa sorang..haha..

Aktiviti cuti sekolah

Bersempena cuti sekolah yang berbaki lagi beberapa hari lagi,aku nak cerita aktiviti aku sekeluarga di musim cuti.Cuti sekolah bermula 19/11 yang lalu dan seawal cuti aku dah berada di Rawang.Semua orang maklum kan, aku dan suami masih lagi duduk berjauhan jadi kalau time cuti orang balik ke kampung,aku lak balik ke bandar.Aktitivi rutin aku macam biasalah,jadi suri rumah sepenuh masa utk sebulan ini.Ini je la masa dapat berbakti dengan suami,kalau bulan-bulan lain tak merasalah.

Minggu ke dua baru kami plan gi travel.Tak jauh pun kami pergi,kat Perak je.Kami ni nama je dok kat Perak tapi belum habis pun pusing Perak ni..hehe..Hari pertama kami gi Cameron.Cuaca ok la hari tu cuma agak mendung sikit.Orang agak ramai sebab kami pergi hari Ahad,cuti sekolah pulak tu kan.Yang bestnya kat Cameron ni ialah part memborong sayur-sayuran yang fresh.Yang memborongnya adalah Mr Hilal sebab aku memegang tugas menjaga si kecik Adam.

 

makan strawberry cicah coklat..rasanya masam-masam manis..

Esoknya kami gi Taiping lak.yeah tepen,here we come! (ni tempat Nandre the legend ni).Kalau gi Taiping tempat mana yang menarik kalau bukan zoo Taiping.Tempat yang harus dikunjungi untuk mereka yang ada anak-anak kecik..hehe..

Anak teruna ku yang sangat happy gi zoo.Jumpa kawan-kawan..:)

Ingatkan nak stay sampai malam untuk tgk night safari tapi banyak agenda lain pulak lepas ni.so,kami pun menghabiskan sesi lawatan lebih kurang pukul 2 petang.On de way nak kuar dari kawasan tu ada satu tasik.Kami sempat nak berhenti dan snap 2-3 gambar.Tapi tidak pula ku ketahui apa nama tempat ini.

cantik kan view dia..

Aktiviti seterusnya lebih kepada aktiviti perabih duit.:) Itu saya sangat suka.hehe..

Anyway,sangat enjoy pergi bercuti ni sebab boleh release tension,bukak minda tengok tempat orang.Tapi aku nak request la untuk suami,boleh tak pas ni tak yah pergi lagi ke Cameron? Bukan apa,sebabnya aku ni MABUK darat,tak tahan jalan bengkang-bengkok ni.3 kali naik Cameron,3 kali jugak aku muntah..mengalahkan orang pregnant..tidakkk..teman tak sanggup lagi dah!!

Menanti

Tips untuk mendapatkan bayi perempuan :

1. Berdoa sebelum bersama dgn niat usaha utk mendapatkan bayi perempuan.

2.Bersama suami pada waktu subur isteri (antara hari kesebelas hingga hari kesembilan belas dr kiraan hari pertama datangnya haid) Kenapa dlm waktu subur isteri sahaja? Sbb suami ni aktif 24 jam, so sperma dia sentiasa banyak dan subur walhal isteri kebiasaannya bergantung pada mood. Hanya dalam waktu subur ni saja, hormon isteri lain macam sikit. That’s why susah nak dapat baby perempuan ni.. tapi majoriti pasangan baru berkahwin, potensi dapat anak perempuan tinggi.

3. Suami melepaskan/merembeskan hanya 50% air maninya di dalam rahim isteri dan bakinya dipangkal rahim (Tujuan : mengizinkan hanya sedikit sahaja sperm kedalam rahim isteri supaya gen XY dpt diseimbangkan;
Suami membawa XY, isteri membawa gen X – so penentu jantina bayi adalah dr sperma suami)

4. Selepas bersama, amalkan tidur beralih ke kiri (sekiranya membelakangkan suami, minta izin terlebih dahulu)

5. Berdoa.

Amalan Pemakanan 1-4 bulan kandungan (dlm proses pembentukan janin):

1. Banyakkan makan sayur, sup dan asam serta beralkali
2. Banyakkan makan buah-buahan
3. Amalan minuman berkarbonat/gas (jgnlah selalu)

Amalan Perbuatan 1-9 bulan kandungan :

1. Mengamalkan bacaan surah Yusuf dan Maryam (surah Yusuf utk kuatkan badan dan bayi, lebihkan mengamalkan surah maryam utk pembentukan minda bayi * lebihkan/kekerapan kepada surah Maryam

2. Mengurut kandungan/perut dan bercakap dgn bayi dalam kandungan dgn memanggilnya dgn nama “Maryam” atau “Siti Aisyah”

3. Berdoa selepas solat (biasalah kan….)

Fizikal ibu yg mengandungkan bayi perempuan – perutnya meleper atau membulat rata ke kiri dan kanan.

*sumber dari google*

Aku teringin nak baby perempuan sebab dah ada baby boy dan semua anak sedara adalah lelaki.Hopefully lepas ni kalau ada rezeki dapat la baby girl.Tu sebab sekarang ni rajin google segala macam tips.haha..

 

Bertukar!

Sebenarnya aku cepat bosan dengan background blog aku ni.cam tak menarik jer.Tu sebab dah banyak kali aku tukar.Agak2 rasa cam serabut je aku tukar la theme lain.Tapi wordpress ni tak banyak pilihan theme berbanding blogspot.Dulu aku pernah guna theme ni .Belasah je la sebab buat masa ni theme ni yang nampak cantik kat mata aku..Dalam memilih background theme sebenarnya aku suka yang;

*ada custom header,di mana kita boleh create header kita sendiri.Dalam wordpress ni tak semua theme ada custom header tau.

*ada 2 column..kalau tiga column tulisan jadi kecik dan nampak serabut.Nak letak tagline atau gambar pun kena adjust saiz

*widget di sebelah kanan. rasa kekok lak kalau klik on left.

* Warna yang soft bukan dull.

Itulah antara kriteria yang aku suka dalam theme blog.Tapi tak semua theme wordpress ada ciri-ciri yang aku nak ni berbanding blogspot.Dulu rasa cam nak tukar ke blogspot tapi rasa sayang lak.Sekarang ni blogspot tu aku wat untuk blog Adam dan mungkin untuk anak-anak yang lain..untuk tatapan mereka bila besar nanti..hehe..

Mari menimbang berat..

ni bukan kaki aku tau..

Hari tu pergi TESCO sementara tunggu suami bayar autopark,saje berdiri kat atas mesin body scale.Masukkan 20sen and tengok la hasilnya..41 kg.Means aku dah turun 3 kilo! sudah lari dari BMI yang sepatutnya.Bukan la nak gemuk sangat tapi 41kg ni tak sesuai dengan usia dan tenaga yang perlu aku gunakan untuk lebih sihat.Patut le selalu rasa penat-penat je.Lebih-lebih lagi aku masih breastfeeding Adam.Rasanya aku ni banyak makan tapi tak tau le hilang ke mana.Maybe dah tiba masanya untuk aku ambil supplement untuk tambahkan sikit berat ni..Biar jadi ayam daging,sekarang ni tulang je ada..tiup angin pun boleh terbang..haha..