Indahnya bergelar ‘suri rumah’

12.12.12 tarikh yang cantik dan saya pun tak mahu ketinggalan untuk menaip entri dalam blog ini.Pada waktu ini sekolah masih bercuti dan kerjaya aku  selama sebulan ini adalah menjadi suri rumah tangga sepenuh masa! nampak macam senang kan jadi suri rumah ni tapi sebenarnya untuk manusia seperti aku yang dah biasa keluar kerja ianya amat le mencabar..inilah rutin yg aku lalui hari-hari,

6.30 pagi  bangun solat subuh.hantar suami pergi keje (hantar depan pintu je)..kalau suami keje malam time ni tunggu dia balik keje

8.00 pagi sementara anak2 tak bangun lagi kemaskan dapur,buat sarapa(kalau suami keje malam dia dah siap belikan sarapan),basuh baju

8.30-9.00 pagi selalunya time ni anak-anak dah bangun,kemas tempat tidur,mandikan anak2,suapkan anak2 (sebab tak mau sepah satu rumah)

9.30-10.00 pagi  sapu rumah,buang sampah, sidai baju,decide nak masak apa hari ni

11.00 pagi layan anak2 tengok tv & main..time ni lah mainan semuanya keluar dari bakul..sambil tu fikir lagi nak masak apa hari ni..haha..tengok Hawani sudah layu mata,tidurkan Hawani

12.00 tengah hari  start masak.yang ringkas aje..sup adalah antara menu wajip sebab anak2 suka makan.Sambil tu layan karenah Adam,sekejap nak susu,kejap nak roti dgn jem..kadang-kadamg Hawani pulak nak breastfeed..macam-macam!

1.00-2.00 petang urusan dapur dah selesai,mandi,solat,suapkan anak-anak makan.layan FB / blog kejap

3.00 -4.oo petang tgk tv,tidurkan Adam..mamanya pun tidur gak sambil susukan Hawani.ekeke

5.00-5.30 petang mandikan anak-anak,angkat baju,kadang-kadang kalau tak hujan bawak anak2 jalan-jalan depan rumah

6.00-6.30 petang  kalau suami keje malam siapkan makanan untuk dia sebelum pergi keje..

7.00-8.00 malam  mandi dan bersiap untuk solat/mengaji

8.00 malam suapkan anak2,kemaskan dapurkemaskan mainan anak2,tengok tv sambil lipat baju

9.00 malam selalunya time ni dah free sikit,tengok tv/surfing internet,layan anak-anak,sembang-sembang dengan suami

10.00-11.00 malam tidurkan anak-anak..

12.00 malam time to sleep..esok ulang balik rutin yang sama..

Itu rutin yang biasa.Kadang-kadang bila keadaan jadi luar biasa,maka lari sedikit la jadual aku.Kalau anak-anak demam tak nak kena tinggal terpaksa la minta bantuan suami beli lauk je.Itupun dah banyak juga en suami bantu.lauk-pauk semua dia dah sediakan untuk seminggu,ikan dah siang,ayam dah potong..kalau tak lagi haru-biru le aku kat dapur tu.Cabaran paling besar bila jadi suri sepenuh masa ni kena kreatif nak fikir resepi apa nak masak hari-hari.Sejujurnya,aku ni bukan jenis yang cekap kat dapur..dan aku tensen kalau tengah masak pastu anak-anak menangis nak itu nak ini..solute untuk mereka yang dapat menjadi suri sepenuh masa kerana setiap apa yang dilakukan untuk suami dan keluarganya ada ganjarannya sendiri.Saya masih belajar untuk ke arah itu..inshaallah.

Hijab

tudung

*hai..kadang-kadang terbabas jugak bila tengok design tudung yang lip-lap tu..tapi mahal wei..aku pernah gi belek-belek tudung yang jual kat kiosk dalam sebuah shopping complex ternama.terkejut tengok harganya rm300 ++. mak aii jual tudung ke jual emas?

*sumber: facebook

Potty Training Adam

Potty training anak teruna saya bermula apabila sudah mencecah usia 3 tahun.Sebelum itu aku dah try tak pakaikan diapers semasa dia tinggal dengan mak tapi kurang berjaya.Macam-macam aduan dari emak tentang keliatannya pergi ke toilet.Oleh sebab tak nak peningkan kepala emak jadi aku berhentikan dulu potty training nya.Sewaktu cuti sekolah apabila kami balik ke rumah abahnya di Rawang barulah aku dan suami praktikkan kembali latihan ke tandasnya.

Oleh kerana anak teruna ku itu sangat ‘baik’ maka aku telah menjangka betapa besar kesabaran yang aku perlu ada untuk melatihnya ke tandas.Langkah pertama kami belikan dia Little Potty dan ajar dia untuk gunakannya apabila terasa untuk kencing.Tapi nampaknya tidak berjaya Adam nampak macam tak selesa. Akhirnya he prefer wet himself..adoi la..dah satu keje mama kena mop satu rumah.

Lepas tu kami gunakan pendekatan masa.Maknanya setiap 10 minit kami akan ingatkankan dia untuk ke tandas walaupun dia tak terasa nak membuang pun.memang agak letih le sebab kena remind dan tanya dia selalu.Tapi agak berbaloi kerana telah menampakkan hasilnya.Adam sudah mula memberitahu apabila dia nak buang air kecil atau ‘popoo’.Tapi 3 hari je ok pastu dia dah mula rasa bosan dan mula rasa malas nak berkejar-kejar ke tandas.Dan mula merengek-rengek untuk dipakaikan diapers.Dua tiga kali juga eksiden terkencing kat seluar.Untuk permulaan, siang sahaja Adam tak pakai diapers tapi malam still pakai.

Bila Adam dah buat hal macam tu,aku pun dah ikut sama goyah.Penat dan geram sebab bukan dia tak boleh tapi tak nak buat.pastu abahnya  janji nak bagi kereta control kalau dia berjaya buat potty train nya.Siap tunjuk gambar lagi dalam internet.Dan cara itu memang berkesan perlahan-lahan.Bila dia mula nak buat perangai kami akan tunjuk gambar kereta itu.Seminggu kemudian Adam telah well trained without diapers succesfully!

Secara rasminya pada September 2012 Adam telah free diapers at all.Off course la mama+abah rasa gembira.Bukan senang nak suruh budak kecik ni.macam-macam karenah..Dan sebagai hadiahnya abah belikan control car flash & dash macam yang dijanjikan.Kopak poket abah tapi tak pelah,yang penting matlamat telah tercapai.Potty train setiap kanak-kanak tak sama tapi selalunya kalau girls selalunya lebih cepat dari boys. yang penting kita sebagai ibu bapa perlu bersedia dari segi mental dan fizikal.Ini cara saya melatih anak untuk ke tandas,cara parents yang lain mesti ada cerita tersendiri.So,good luck untuk mereka yang sedang potty train anak-anak..

IMG_3585
yeay..saya dah berjaya!