Smart kids

Aku terbaca artikel ni dalam Berita Mingguan baru-baru ini.Aku percaya takde di kalangan kita para ibu dan bapa yang tak nak anak yang bijak,pintar dan baik.Berikut adalah sedikit info penting untuk ibu bapa khasnya..

  • Sebaik kandungan mencecah empat bulan, ibu digalakkan baca surah al-Fatihah, ayat Kursi dan surah al-Inshirah. Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan manakala surat al-Inshirah untuk melapangkan hati dan fikiran.
  • Selepas bersalin, baca surah berkenaan ketika menyusukan anak dan dihembuskan di kepala. Ia boleh diteruskan sehingga anak cukup umur.
  • Waktu ketika anak antara sedar dan tidak. Rebut peluang bisikkan kata-kata nasihat, pujian dan pesanan. Ambil masa seminit, dua untuk membacakan doa sambil mengusap kepala mereka selain memberikan nasihat.
  • Doakan kejayaan anak, rakan anak mereka, anak rakan dan jiran.

*untuk cerita lanjut klik kat sini Anakpintar

Rileks jap..

apa yang sedap? boleh dimakan ke? hehe
suka hati dia je nak tulis..
abis la keta yang park kat sini..

Setahun yang mengujakan..

Permata hatiku Adam haqimi sudah genap setahun sekarang.Kejap je masa berlalu kan.pejam celik pejam celik sedar-sedar nanti dia dah masuk sekolah,tak lama kang dah sek menengah, pastu masuk u..bla..bla..tgk2 aku dah ada menantu! Moga-moga Allah panjangkan usia untuk aku menikmati saat itu.
Adam Haqimi yang ku kandung 9 bulan sekarang dah macam-macam skill dia boleh buat.11 bulan dah boleh berjalan,tapi gigi belum ada.Rambut pulak segan2 nak tumbuh.Kegemarannya sekarang adalah menyelongkar handbeg.Adam si cilik yang aktif..super duper aktif! letih mengawal keligatannya dan aku tak nafikan kadang-kadang tangan ni singgah juga kat pehanya.Maaf ye sayang,bukan mama marah tapi mama geram Adam tak nak dok diam sampai macam-macam Adam buat.
melihat Adam membesar di depan mata,terlupa kesakitan 7 jam yang ditanggung sewaktu melahirkannya.Selamat hari lahir Adam Haqimi,anugerah terindah dari ilahi untuk aku dan suami.Semoga doa Adam yang akan menyamankan kami di dalam kubur kelak..