Dah raya dah..

Selamat hari raya,biasa lah dah seminggu raya aku baru berkesempatan nak wish.Tahun ini warna tema raya keluarga kecil saya adalah grey+black tapi baju saya lak yang lari sikit dari warna tema.Belasah je la,yang penting raya tetap datang walupun takde baju ikut tema.Haha..tengok le potret family saya yang  kelakar apabila anak-anak meragam dan tidak mahu pose sepeti yang disuruh..sabar je la..

adik ok je,abang pulak mengada-ngada..
to hot to handle..

tak tau nak cakap apa..sabar aje banyak-banyak..tahun ini adik yang ada kat UK balik bercuti jadi meriah rumah semua adik-beradik ada.Di kesempatan ini,aku menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf atas segala salah dan silap.Semoga syawal ini memberi seribu rahmat untuk semua..minal aidil wal faizin..

Mencari mood raya..

Sekarang semua orang dah dalam mood raya kan,(Tiba-tiba terus ada enti raya ,entri puasa takde lak ye..)
Tapi tahun ni mood raya tak berapa nak ada.Ramadan kali ni emak tak sihat dan kena warded 3 hari pada 12 ogos lepas.Sebelum tu mak memang dah seminggu demam tapi tak lah teruk sangat.gastrik mak datang balik,seminggu mak tak leh puasa.Pagi 12 ogos tu tiba-tiba makin teruk mak muntah sampai lemah badannya.Check kat hospital rupanya mak kurang darah jadi kena tahan di hospital untuk masukkan 3 pain darah.Jadi kami adik beradik bergilir-gilir ke hospital jaga mak.
Dah meniti hari-hari terakhir ramadan tapi aku terawih pun tak terkejar.Konon nak terawih sendiri tapi si intan payung tu kalau dah pukul 9 je dah mahu ngempeng..Bila dah baring terus le hanyut sampai ke pagi.Terawih dengan Hawani je la.Takpe la,tu pun kira ibadat jugak kan.Niat dah ada,dapat gak pahala.Malam ni boleh pulak mata aku segar sebab tadi minum kopi.Sebab tu ada masa nak update blog yang dah bersawang ni.
nak raya dah..nanti update pasal raya lak.Kalau rajin la..kalau suruh update blog atau tidur,of course pilih tidur..ye tak? hehe