Selamat Datang 2007!

Sayonara 2006…

 

 

Akhirnya 2006 melabuhkan tirainya. Semasa aku menulis blog ini 3 hari lagi 2007 bakal menjelma.Serasa baru semalam menikmati kenangan zaman pelajar yang penuh suka duka.Lambakan assignment,presentation yang selalu mendebarkan,cinta remaja yang bahagia,teman-teman sekampus yang penuh dengan kenakalan dan idea gila-gila..sekarang semuanya sudah berlalu,namun rasa rindu untuk kembali ke waktu itu tak pernah luntur.Aku masih ingat hari terakhir melangkah keluar dari bumi Sintok,masing-masing rasa gementar untuk menghadapi hari-hari mendatang tanpa teman-teman tersayang menemani seperti zaman belajar.Hidup perlu diteruskan dengan cara tersendiri,suka dan duka entah siapa pula di sisi.Mungkin pada sesetengah teman buat masa ini sudah berdua mungkin bertiga melayari kehidupan berumah tangga dengan bahagia.Itulah reality sebuah kehidupan,naluri berpasangan dan kehadiran orang-orang tersayang yang akan menghilangkan segala kerisauan yang terbuku dan membuat kita semakin bersemangat untuk meneruskan kehidupan.Life is short,so make it sweet..

 

Pada aku secara peribadi 2006 adalah tahun yang menguji kekuatan dan kecekalan diriku dalam menghadapi liku-liku hidup ini.Benarlah kata pujangga, langit tidak selalunya cerah.Awal 2006 aku  bergelar penganggur terhormat setelah kontrak bekerja di Jabatan Perangkaan telah tamat.Sebulan selepas itu aku mengambil keputusan untuk mengikuti kursus keusahawanan anjuran Mara dengan harapan menggunung untuk membina kerjaya dalam bidang ini.Kira-kira lima bulan aku dan teman-teman mengikuti kursus asas di Terengganu dengan janji dari pihak penganjur akan memberi peluang kerjaya kepada kami tapi selesai tempoh itu pelbagai masalah dan kesukaran timbul hingga aku terpaksa melupakan hasrat untuk membuka perniagaan sendiri. Mungkin bukan rezeki aku di bidang itu agaknya.Dan sekali lagi aku bergelar penganggur dalan tempoh yang agak panjang.Sepanjang tempoh itu terasa peritnya menjadi penggangur terhormat.Bila bertemu teman-teman lama yang sudah berkerjaya rasa rendah diri sangat.Tapi aku cekalkan hati dan pujuk diri sendiri yang semua ini hanya sebuah ujian sementara dari Yang Maha Esa.Dan akhirnya Dia mengabulkan doaku.Alhamdulillah,walaupun bukan kerjaya impian aku tapi aku berpeluang belajar sesuatu yang baru.

 

2006 juga menyaksikan sekali lagi airmataku mengalir kerana seorang lelaki yang aku sayangi.Jalinan kasih yang terjalin setahun lamanya akhirnya terlerai begitu sahaja.Aku masih ingat lagi detik terakhir kami bersama,penuh dengan tawa dan gurau senda tanpa sebarang perselisihan.Selang sehari selepas itu tiba-tiba dia melafazkan kata perpisahan tanpa alasan.Malam itu buat pertama kalinya aku kelu berhadapan dengannya dan dalam hujan renyai aku hanya mampu lihat dia berlalu pergi dari hidup aku.Aku sedih  tapi aku tak tahu apa harus aku buat waktu itu.Aku terasa ingin menangis tapi airmata cuma mengalir dalam hati.Seribu persoalan singgah dalam fikiranku.Kenapa perlu begini akhirnya perjalanan cerita kasih antara aku dan dia? Kenapa aku masih lagi berjumpa orang yang salah? kenapa harus pergi setelah memberi harapan yang menggunung? kenapa setelah aku membina sebuah istana tiba-tiba dia baru maklumkan yang tiang serinya belum ada?

Ini bukan kali pertama aku berhadapan dengan situasi sebegini tapi perpisahan kali ini benar-benar menguji kesabaran hati perempuanku.Kenapa dalam ramai perempuan masih aku lagi yang dipilih untuk ujian seperti ini? Ya Allah,berikanlah aku hati yang redha dengan qada dan qadarMu.Sesungguhnya sebagai hamba aku layak untuk diuji dengan ujianMu.Walaupun pahit dan sukar untuk menghadapi sesuatu yang berulang, aku pasrah.Aku tahu, Tuhan tidak menjanjikan hari-hari tanpa airmata tapi Dia memberikan penyembuhnya.Dia datangkan hujan dan hilangkan matahari untuk menemukan kita dengan pelangi yang indah.Dan aku sentiasa bersabar menanti  pelangi itu muncul.Tuhanku,aku memohon padaMu agar tiada lagi duka untuk hari-hari yang mendatang. Ujian yang melanda adalah pengalaman berharga yang akan mematangkan hidup kita supaya kita belajar sesuatu daripadanya.

Harapanku untuk seseorang yang pernah singgah dihati seandainya terbaca coretan ini,belajarlah untuk menjadi setia dan memahami hati seorang wanita.Bukan harta dan paras rupa yang terlalu aku agungkan,cuma kasih sayang dan kejujuran yang telah Allah kurniakan pada setiap yang bernyawa di dunia ini.

 

Selamat Tahun Baru 2007 dan selamat hari raya aidiladha kepada semua..

 

Anak punai anak merbah

Terbang rendah buat sarang

Anak sungai lagi berubah

Ini pula hati orang mengapa dikenang..

 

 

 

 

Malunya..

Aduhai, setiap wanita dikurniakan oleh ALLAH swt sifat MALU
Kerana MALU si wanita tahu menjaga kehormatannya
Kerana MALU si wanita tahu menilai batas- batas sosialnya
Kerana MALU juga si wanita gagal diperdaya pujukan nafsu

Kini si wanita itu sudah hilang MALUnya
Kerana hilang MALU itu terdedahlah auratnya lantas kehormatan diri tergadai
Kerana hilangnya MALU itu si wanita gagal menilai apa itu HARAM apa itu HALAL
Kerana kehilangan MALU itu si wanita lemas dan hanyut dengan tipu daya nafsu.

Aduhai, setiap lelaki juga dikurnakan oleh ALLAH swt sifat MALU
Kerana MALU, si lelaki nasihat diri dan si wanita agar bersama-sama jaga maruah diri dan MENJAGA AURAT
Kerana MALU, si lelaki mengingatkan diri dan si wanita tentang batas-batas sosial pergaulan, HALAL dan HARAM tu kena INGAT!
Kerana MALU itu, si lelaki menjaga dan mendidik nafsunya. JANGAN mengajak si wanita berbuat DOSA. Selalu mengingatkan dengan kata “TAKUTLAH AKAN ALLAH !”

Kini, si lelaki itu sudah hilang MALUnya
Kerana hilang MALU itu si lelaki MENGAJAK si wanita BERBUAT MUNGKAR
Kerana hilangnya MALU itu si lelaki lupa tentang HUKUM ALLAH swt
Kerana telah hilangnya MALU itu si lelaki mungkin hilang taraf KHALIFAH!

Sabda Rasullullah saw, SESUNGGUHNYA MALU ITU ADALAH SEBAHAGIAN DARI IMAN.
Wahai si wanita dan si lelaki janganlah menzalimi diri dengan meletakkan MALU itu bukan ditempatnya.

MALUlah kamu dengan ALLAH swt kerana ingkar akan suruhannya
MALUlah kamu dengan RASULLULLAH saw kerana meninggalkan sunahnya
MALUlah kamu kerana lupa dan malas membaca AL-QURAN
MALUlah kamu kerana tidak menghormati GURU
MALUlah kamu kerana melawan kata IBUBAPA.
MALUlah kamu atas DOSA-DOSA kamu

Maka percayalah bahawa MALU itu akan menyelamatkan kita dari fahsyar wal mungkar!!!

P.s:
“Innasolatatanha anil fahsyaar iwal munkar” Maksudnya: Sesungguhnya solat itu dapat mencegah kita dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Wallahua’alam bissawab

 

Dewasakah anda?

 

Anda tentunya dewasa dan matang bila :

Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai

Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh
seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa

Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung

Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa
tidak sewajar dengan mereka

Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara
yang anda fikir boleh dapat

Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat
hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain

Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling
menghalang maksud anda

Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa
memperbesar-besarkannya

Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menanggung kesusahan
demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.

Anda memberi persetujuan kepada pendapat-pendapat yang anda tidak
setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang

Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi
yang benar-benar anda minati

Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu,
tanpa merasa malu

Anda menghadapi orang-orang tua atau orang-orang yang lebih berpengaruh
tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif

Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya
berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya
dengan lebih sempurna

Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak
merasa senang kerananya

Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak
anda sukai

Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat
tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka

Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan
orang lelaki secara jujur

Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan
wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap
wanita

Sekiranya anda wanita, anda mampu disukai wanita-wanita lain
sekurang-kurangnya mempunyai tiga orang sahabat wanita yang jujur

 

Read and understand..

Olny srmat poelpe can raed this.

Cdnuolt blveiee taht I cluod aulaclty uesdnatnrd waht I was
rdanieg.
The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it deosn’t mttaer in waht oredr the ltteers in a wrod are, the olny iprmoatnt tihng is taht the frist and lsat ltteer be in the rghit pclae.
The rset can be a taotl mses and you can sitll raed it wouthit a
porbelm.
Tihs is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by
istlef, but the wrod as a wlohe.
Amzanig huh?

yaeh and I awlyas tghuhot slpeling was ipmorantt!

Read And Understand…