Semakin hampir

Sudah 12 ramadan..alhamdulillah mak yong masih mampu berpuasa sampai berbuka.Sedar tak sedar dah 35 week hari ni..wah..makin berdebar-debar menunggu hari.Walaupun dah anak ketiga tapi pengalaman bersalin tak sama.Yang sulung menahan 11 jam sakit..yang kedua 2 jam je.mudah-mudahan yang ketiga ni bakal dipermudahkan juga.
Tadi lalu cermin terperasan perut dah turun.Bahagian atas dah terasa kosong.Patut la asyik rasa nak terkucil je.Macam dah tak lama je..sepatutnya lepas raya.
baby..kalau nak keluar tunggu raya ye..sebab mama nak makan rendang,ketupat,lemang…jangan le keluar awal sangat..baby good kan..hehe..

image

Advertisements